18| terbongkar

697 54 13
                                    

Rayden merenung kedua-dua wajah dihadapannya itu dengan muka yang dingin. Rasa marahnya masih belum hilang sejak pagi tadi. Entah kenapa, Hatinya sakit bila terbayang wajah Kaira. Huh!

" Korang nak cakap pasal apa?" Keluh Rayden sambil merenung Ray dan Danial yang menayang wajah serius. Fail-fail yang banyak diatas meja, Rayden susun biar nampak kemas sikit sementara menunggu dua orang tu buka mulut.

Ray merenung wajah Danial yang duduk disebelahnya. Danial hanya mengangguk.

Ray mengeluh lalu diletakkan sampul surat berwarna coklat diatas meja kerja milik Rayden dengan berdebar-debar.

Rayden menjeling surat tersebut.

" Surat?" Soal Rayden lalu dihentikan kerjanya menyusun fail-failnya tadi dan difokuskan pada surat tersebut.

Ray mengganguk. Rayden hanya mendiamkan diri lalu dibukakan surat tersebut lalu dikeluarkan beberapa helaian kertas dengan wajah tenang.

Pantas Rayden membaca dan membelek helaian kertas tersebut dengan wajah yang tenang namun ketenangannya tidak bertahan lama.

Mata Rayden semakin lama semakin laju membaca isi-isi yang terkandung dalam surat tersebut.

Sebaik sahaja selesai membacanya, Rayden meletakkan kertas tersebut diatas mejanya dan termenung bagaikan Ray dan Danial dihadapannya tidak wujud.

Ray dan Danial hanya mendiamkan diri dan membiarkan Bossnya dengan dunianya sendiri.

" Mana kau dapat surat ni?" Soal Rayden dengan muka yang dingin tanpa memandang wajah mereka berdua. Matanya masih fokus pada surat tersebut.

" Maafkan aku Rayden, aku terpaksa masuk bilik kerja Zara untuk cari beberapa bukti." Kata Ray Mikael dengan serba salah.

Rayden terdiam.

" Huh!" Keluh Rayden lalu disandarkan badannya ke kerusi dengan fikiran yang berserabut. Tak habis dengan marah dia pagi tadi, sekarang perjanjian apa pula Zara buat dengan Kaira?

" Mengikut perjanjian tersebut, memang jelas Zara ada buat perjanjian dengan Kaira. Tapi takkan kau tak tahu berkaitan dengan perjanjian ni?" Soal Ray dengan muka yang serius.

Rayden hanya mendiamkan diri lalu menegakkan semula badannya lalu wajah Ray direnung tajam.

" Aku fikir benda tu Zara main-main dengan aku, tak sangka pula dia serius. So sekarang korang berdua nak dengar penjelasan dari aku lah ni?" Kata Rayden dengan wajah yang dingin.

Ray dan Danial pantas menggangguk tanda ingin tahu. Rayden hanya tersenyum lebar padahal dalam hatinya semakin melonjak menahan sakit dihatinya bila menyedari hakikat bahawa Kaira simpan rahsia dari dirinya sekarang.

____________

[ Flashback ]

" Rayden." Panggil Zara lalu diambil tangan milik Rayden dan diletakkan di wajah putih miliknya dengan senyuman dibibir.

Rayden hanya merenung wajah isterinya itu dengan tenang walaupun dirinya sedang sibuk menguruskan beberapa laporan dibilik kerjanya.

" Yes Zara, aku ada kerja ni." Keluh Rayden dengan muka yang penat.

Zara mencemikkan wajahnya apabila melihat Rayden seakan tidak mahu melayannya. Pantas Zara melabuhkan punggung diatas meja kerja Rayden lalu tersenyum lebar melihat wajah suaminya itu.

Rayden hanya mengeluh kecil lalu disandarkan badannya sambil matanya tajam merenung wajah Zara yang merenungnya itu.

" Okay fine!" Keluh Rayden lalu difokuskan pada Zara semula.

𝐊𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 (OG) Where stories live. Discover now