POV Kaira:
Aku merenung lama jasad Jaxx yang semakin hilang dari pandangan aku.
Tangan yang masih mengigil digenggam erat. Bibir aku diketap erat seakan menyesal dengan perkataan yang keluar dari mulutnya sebentar tadi.
Namun baru sahaja aku ingin mengorak langkah, satu tangan menarik lengan aku dari arah belakang.
Aku menoleh dengan pandangan yang kosong.
Munculnya wajah Ray Mikael membuatkan aku kembali sedar dari lamunan aku tadi.
" Ray..." Bisik aku perlahan dengan hati yang mula lemah.
" Aku dah lama tak jumpa kau Ray. Kau dah lupakan pekerja kau ke Ray?" Luah aku dengan suara yang perlahan memandangkan aku hampir tiada suara lagi.
Ray terdiam melihat wajah aku yang pucat lesi.
" Kaira, kau cakap apa ni? Aku tak lupakan kau lah. Sekarang ni, kau kena fikirkan diri kau dulu." Keluh Ray Mikael dengan risau lalu di ajak aku ke ruang rehat.
Di dalam ruang rehat tersebut, Ace sedang membelek phonenya namun melihat aku dengan Ray menghampirinya membuatkan Ace dengan pantas meninggalkan phonenya di atas meja.
" Ace, ambilkan air mineral." Pinta Ray kepada Ace. Ace dengan pantas mengambil botol air mineral lalu dihulurkan kepada Ray.
" Thanks." Jawab Ray lalu dibuka penutup botol tersebut dan di hulurkan botol itu kepada aku. .
Aku hanya tersenyum kecil lalu diambil botol itu dan diteguk air mineral dengan sedikit rakus.
Ray serta Ace hanya merenung aku lama.
Aku melepaskan nafas lega lalu diletakkan botol tersebut di atas meja.
" Kau nak tanya apa Ray?" Keluh aku lalu disandarkan badan aku ke kerusi dengan nafas yang cuba diaturkan.
" Jaxx pergi mana?" Soal Ray ingin tahu.
Aku terdiam.
Satu senyuman terukir di bibir aku apabila mendengar nama tersebut.
" Siapa sebelah kau tu Ray? pekerja baru ke?" Soal aku yang ingin mengubah topik.
Aku memberi satu senyuman mesra kepada Ace. Ace mengganguk tanda betul.
" My name Ace. Nice to meet you." Kata Ace lalu satu senyuman diukirkan di bibir merahnya.
Aku tersenyum mendengar nama tersebut.
" Wow Ray, your taste so nice." gurau aku dengan tenang.
Ray hanya menjeling sejenak ke arah Ace namun Ace hanya mengangkat keningnya ke arah Ray selamba.
" Jangan tukar topik Kaira. Aku serius dengan kau." Keluh Ray yang berdiri di hadapan Kaira manakala Ace duduk disebelah aku.
Aku hanya mendiamkan diri.
" Rayden mana Ray?" Soal aku dengan serius.
Ray menguak rambutnya kebelakang dengan wajah yang sedikit bengang.
" Rayden? ouhh my godd Kaira! Please jangan tukar topik lagi boleh tak? Kau tahu tak aku risaukan kau! Aku risaukan kau." Marah Ray yang tiba-tiba emosi.
Ace hanya mendiamkan diri sebab dia pun terkejut tengok boss dia marah.
Aku mengigit bibir lalu bangkit dari duduk aku sebab emosi aku kembali tak menentu.
" Aku cuma nak tahu Rayden dekat mana Ray." Luah aku perlahan.
Ray terdiam lalu satu keluhan dilepaskan.
![](https://img.wattpad.com/cover/192461448-288-k379053.jpg)
YOU ARE READING
𝐊𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 (OG)
Romance" Aku ada satu job untuk kau." " Job apa?" " Babysitter." " What?!! babysitter?" - Kaira "Yup! babysitter!" - Ray Mikael ________ " I warning kau, aku ni ibarat anjing bertalam muka serigala." - Rayden. " dan aku ni buta dalam menilai, sebab a...