[7 tahun selepasnya]- Malaysia
Jaxx merenung Rayden yang masih kaku melihat Rylan serta Arleen yang mula pergi meninggalkan mereka berdua.
" Aku rasa ada benda yang buruk akan berlaku Jaxx. Tapi aku tak tahu apa benda tu." Keluh Rayden yang sudah berumur 19 tahun itu.
Setelah Rayden serta Jaxx meningkat usia 19 tahun, Rylan dan Arleen telah mengambil keputusan untuk membawa mereka berdua ke Malaysia sementara mereka akan meneruskan kerja di tempat asal mereka sendiri.
Namun dengan keputusan yang tekad, Arleen sanggup meninggalkan Rayden dengan Jaxx dengan harapan mereka akan tumbuh dengan baik.
" Saya minta maaf Abang." Keluh Arleen sementara mereka sedang menuju ke arah kapal terbang peribadi mereka itu.
Rylan hanya tersenyum kecil lalu diusap-usap tangan isterinya itu tanda memberi sokongan.
" mereka dah besar Arleen. Jangan salahkan diri sendiri. Abang yakin Rayden dengan Jaxx faham situasi keluarga kita macam mana." Pesan Rylan dengan tenang.
Arleen hanya mampu mengganguk lalu mereka berdua menoleh kebelakang buat kali terakhir sebelum mereka berlepas.
Arleen melambaikan tangannya kepada Rayden dan Jaxx dengan senyuman yang riang.
Rayden yang dapat melihat lambaian ibunya dari jauh dengan cepat membalas lambaian ibunya itu.
Jaxx pun turut sama melambai ke arah Arleen serta Rylan yang berada di sisi isterinya itu.
Rayden mengigit bibirnya apabila melihat kedua ibu bapanya mula memasuki kedalam pesawat.
Satu keluhan dilepaskan lalu Rayden menoleh ketepi dengan hati yang resah.
Jaxx hanya mampu mendiamkan diri walaupun hatinya sendiri merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
" Kita dah lambat untuk kelas Rayden." Tegur Jaxx lalu dirangkul bahu kawannya itu dengan kasar.
Rayden hanya menyepi lalu mereka berdua mula meninggalkan lapangan terbang tersebut dengan harapan semuanya akan berjalan lancar.
___________
Rayden berhenti dihadapan perpustakaan apabila hasratnya untuk pulang terbantut apabila melihat langit yang mula mendung.
langit yang hitam dan kelabu membuatkan Rayden dengan cepat membuka kotak mesejnya untuk memberi pesanan kepada Jaxx.
' aku balik lewat sikit Jaxx.' taip Rayden lalu disimpan semula telefonnya itu.
Satu keluhan dilepaskan lalu Rayden mula melangkah untuk pulang namun selepas itu titisan hujan mula menghujani wajah Rayden.
Rayden hanya menyepi dan meneruskan langkahnya menuju ke arah hostel di mana tempat asrama kediaman mereka berada.
Titisan hujan mula berubah menjadi air hujan yang lebat sehingga kulit pun merasakan ketajaman hujan tersebut namun Rayden tidak mengendahkannya.
Baginya hujan itu perkara biasa.Setelah sampai di lobi, Rayden menarik nafas panjang apabila berjaya meredah hujan yang lebat tadi. Habis basah kuyup badan Rayden dibuatnya.
Rayden menggosok rambutnya kedepan dan kebelakang lalu dilap wajahnya dengan belakang tapak tangannya itu.
Melihat begnya yang basah kuyup membuatkan Rayden mengeluh lalu melangkah menuju ke biliknya.
Sampai sahaja di biliknya, Rayden dapat melihat Jaxx yang duduk mencangkung ditepi katilnya dengan wajah yang ditundukkan kebawah.
YOU ARE READING
𝐊𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 (OG)
Romansa" Aku ada satu job untuk kau." " Job apa?" " Babysitter." " What?!! babysitter?" - Kaira "Yup! babysitter!" - Ray Mikael ________ " I warning kau, aku ni ibarat anjing bertalam muka serigala." - Rayden. " dan aku ni buta dalam menilai, sebab a...