Kaira menyarung kasutnya apabila selesai bersiap untuk menuju kerumah Rayden seperti biasa. Namun tiba-tiba Aira menegur aku sambil berdiri ditepi pintu melihat aku yang sedang menyarung kasut.
" Asal kak?" Soal aku dengan selamba. Fokus aku masih pada kasut aku. Waktu nilah tali kasut buat hal. Adeh.
" Cuba tengok siapa yang datang tu." Kata Aira dengan selamba lalu direnung kereta yang tiba-tiba muncul dihadapan rumah mereka itu diwaktu pagi macam ni.
" Siapa kak?" Soal aku dengan pelik lalu mata aku melihat kehadapan dan aku terdiam.
Aira hanya mendiamkan diri.
"Well Kaira, aku kagum dengan kau dalam diam. Heh." Perli Aira kepada adiknya itu.Aku hanya mengeluh kecil. Melihat Jaxx sudah keluar dari keretanya lalu berdiri dihadapan pagar dengan senyuman indahnya membuatkan aku sedikit erm sedikit apa eh?
Pantas aku menepis perasaan tersebut. Heh.
Baru sahaja aku ingin bangkit, aku melihat Aira sudah berdiri dihadapan pagar menegur Jaxx dengan selamba badaknya. Aku dah menepuk dahi.
" Pagi ni nak amik Kaira ke?" Soal Aira dengan senyumannya.
Jaxx pantas tersenyum lebar lalu diangguk tanda betul.
" Awak kakak Kaira ke?" Soal Jaxx dengan tenang.
Aira hanya tersenyum lalu diangguk kepalanya. "Nama?" Soal Aira dengan tenang sambil itu mata Aira membelek Jaxx atas bawah. Sebagai kakak, dia perlu amik tahu juga pasal mamat ni.
" Panggil saya Jaxx. Bolehkan saya nak hantar adik awak?" Soal Jaxx dengan senyumannya.
" Boleh boleh. Tak ada masalah pun. Cuma tengok tuan badan lah kan." Jawab Aira lalu ditarik badan aku keluar dari pintu pagar apabila melihat aku hanya berdiri dibelakangnya dari tadi.
Aku membuat muka lalu dijeling Aira sekilas. Aira hanya tersenyum lebar.
" Tak payah nak buat muka, kau dah lambat pergi kerja. Take care my Kaira, boleh Jaxx?" Pesan Aira dengan senyuman.
" I will." Jawab Jaxx lalu dibukakan pintu kereta untuk aku. Aku dah terdiam. Wey apakah ini? Jaxx tersenyum kearah aku apabila melihat aku masih berdiri tak nak masuk. Bukan apa aku terkejut. Confirm Aira fikir aku yang bukan-bukan. Mana boleh percaya Aira tu.
Pantas aku masuk kedalam kereta.
" Thanks jaxx." Jawab aku. Sempat mata aku melihat Aira tersengih memandang dirinya. Aku hanya membuat muka.Apabila Jaxx sudah duduk di seat pemandu, pantas aku melambaikan tangan kearah Aira. Aira membalas lambaian aku dengan senyuman dibibirnya.
Aku hanya tersenyum kecil lalu difokuskan melihat kehadapan dengan hati yang berdebar-debar. Bukan apa, Jaxx ni nakal wey. So kau expert apa dari mamat ni?
" Kau tak suka aku ambil kau ke?" Soal Jaxx dengan tenang.
Aku terdiam. Ha amik kau Kaira, kau nak jawab apa? Tapi masalahnya, aku tak minta pun dia amik aku.
Aku tersengih. " Eh mana ada, aku Okay jer." Jawab aku dengan sengihan .
Jaxx hanya tersenyum lalu jam tangannya dibelek sekejap.
" Kau dah breakfast?" Soal Jaxx dengan tenang sambil fokus pada pemanduannya.
" Dah. Kau dah breakfast belum?" Soal aku dengan selamba.
Jaxx hanya mendiamkan diri tidak menjawab soalan aku.
Aku menggigit bibir, aik? Aku ada salah cakap ke? Ke mamat ni tak sarapan lagi?
YOU ARE READING
𝐊𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 (OG)
Romance" Aku ada satu job untuk kau." " Job apa?" " Babysitter." " What?!! babysitter?" - Kaira "Yup! babysitter!" - Ray Mikael ________ " I warning kau, aku ni ibarat anjing bertalam muka serigala." - Rayden. " dan aku ni buta dalam menilai, sebab a...