Rayden merenung wajah Kaira yang masih leka bermain dengan Kaisara ditepinya itu, entah kenapa? Aura Kedinginan dari Kaira dapat dirasai oleh Rayden yang duduk di sebelahnya itu.
" Kenapa kau tak drive?" Soal Kaira dengan tenang tanpa memandang wajah Rayden disebelahnya itu. Matanya sibuk melihat Kaisara membaca satu buku cerita.
Rayden hanya mendiamkan diri lalu mengalihkan matanya kehadapan apabila mata mereka berdua mula bertemu.
" Aku nak luang masa dengan anak aku." Jawab Rayden dengan tenang walaupun hatinya masih terasa dengan kata-kata Kaira semalam.
Kaira tersenyum kecil apabila mendengarnya.
" Kalau kau nak luang masa dengan Kaisara, kau kena ambil perhatian dia Rayden, kalau tak dia akan selalu dengan aku. You can see right now? Kaisara read a book with me? not with you?" Tegur Kaira dengan tenang sambil mengelus rambut milik Kaisara yang berada di tengah antara mereka berdua.
Rayden hanya mampu terdiam apabila mendengarnya. Melihat Kaisara leka membaca buku cerita tersebut membuatkan Rayden tersenyum kecil dalam diam.
Di luar sedar, Rayden mengambil buku cerita tersebut sehingga membuatkan Kaisara mula pelik dan mengalihkan perhatian pada ayahnya itu.
" Kenapa ayah?" Soal Kaisara dengan pelik melihat buku ceritanya ada di tangan Rayden.
" Ayah nak tengok buku apa yang Kaisara baca? Macam menarik jer?" Soal Rayden dengan senyumannya.
Muka Kaisara mula bercahaya apabila melihat ayahnya mula menyukai buku yang dibacanya itu.
" Buku tu menarik tau ayah, Kaisara suka baca! Ayah nak tahu bla bla bla..." Kaisara mula bercerita berdasarkan apa yang difahami dengan riak muka yang seronok.
Kaira yang melihat Rayden sedang mendengar cerita dari Kaisara, dengan pantas tersenyum lebar lalu pandangan dialihkan ke tingkap.
_________
Sampai saja di hadapan bangunan syarikat milik Rayden dengan pantas mereka bertiga keluar dari kereta.
Di ruang lobi, Rayden dapat melihat Danial yang sedang berurusan dengan kaunter informasi.
Mata Danial yang dapat melihat kehadiran Rayden dengan pantas menyambut kehadiran mereka bertiga dengan muka curious. Heh.
" Bawa family ke boss?" usik Danial dengan muka selambanya.
Rayden terdiam sekejap. " What? Family? Family siapa?" Soal Rayden yang masih tidak dapat tangkap gurauan Danial.
Danial mengeluh kecil disebelah bossnya itu.
" I mean, Kaisara and Kaira." Perli Danial dengan muka yang malas.
" Are you kidding Danial?" Perli Rayden dengan jelingan yang tajam kepada Danial.
Danial hanya tersenyum lebar lalu mereka berempat mula memasuki kedalam lif menuju ke pejabat milik Rayden.
" Danial, nanti tunjukkan tempat rehat untuk Kaisara dengan Kaira nanti. Aku ada banyak mesyuarat pagi dan petang ni." Pesan Rayden dengan muka yang tenang.
Danial hanya mengangguk lalu matanya memandang kebawah melihat Kaisara dengan muka yang kagum melihat kemewahan lif tersebut.
Selesai melihat Kaisara, Danial mula memandang kearah Kaira yang berada di belakang pula.
Kaira membalas renungan milik Danial dan satu senyuman diberi.
Danial hanya mampu menggigit bibir disebabkan rasa terkejut sebentar tadi. Haih baru nak pandang dah kantoi, dengan pantas Danial membalas senyuman lalu menoleh ke hadapan semula.
YOU ARE READING
𝐊𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 (OG)
Lãng mạn" Aku ada satu job untuk kau." " Job apa?" " Babysitter." " What?!! babysitter?" - Kaira "Yup! babysitter!" - Ray Mikael ________ " I warning kau, aku ni ibarat anjing bertalam muka serigala." - Rayden. " dan aku ni buta dalam menilai, sebab a...