" dah sampai." Kata Jaxx dengan wajah yang masih tenang walaupun hatinya bercelaru.
" Aku minta maaf sebab tiba-tiba minta kau hantar aku dekat rumah Rayden. Aku ada urusan sikit." Kata Kaira dengan muka yang tenang walaupun hatinya masih terkejut dengan apa yang berlaku antara mereka tadi.
Jaxx hanya tersenyum kecil.
" It's Okay." Jawab Jaxx dengan hati yang bercelaru namun matanya dapat menangkap jasad Rayden yang berdiri di hadapan pintu rumah dengan wajah yang dingin.Jaxx menyimpan senyum dalam diam namun mukanya tetap ditenangkan.
" Aku hantar kau sampai dalam. Aku nak jumpa Rayden sekejap." Keluh Jaxx lalu dengan cepat dia membuka pintu lalu dibukakan pintu Kaira sekali.
Melihat Jaxx dan Kaira berjalan menghampirinya membuatkan Rayden memandang tajam kearah Jaxx dengan pandangan yang dingin.
"Aku hantar Kaira sebab dia kata ada urusan penting dekat sini. Aku harap kau tak marah aku bawa pekerja kau." Kata Jaxx dengan tenang walaupun matanya dapat menangkap mata tajam milik Rayden.
" Kenapa aku nak marah? tak ada hal lah Jaxx. Aku just curious dengan Kaira apa keputusan dia nanti." Jawab Rayden dengan tenang sambil bersandar di tepi pintu.
" Keputusan?" Soal Jaxx dengan pelik.
Rayden menganggukkan kepalanya."Kita bincang dekat dalam Rayden." Tegur Kaira dengan wajah yang tegas apabila melihat mereka berdua seakan ingin berdebat tanpa sebab.
Rayden mengangkat keningnya keatas mendengar suara Kaira yang tegas itu.
" Apa kata kau masuk kedalam dulu Kaira, aku ada urusan sikit dengan Jaxx." Arah Rayden dengan senyuman yang hilang.
Kaira hanya mengangguk lalu meninggalkan mereka berdua disitu.
Mata Jaxx sempat merenung Kaira yang sudah pergi namun pandangannya kembali difokuskan kepada Rayden yang sudah merenungnya.
"Kenapa kau datang jumpa aku?" Soal Rayden dengan tenang walaupun hatinya marah melihat Kaira masih keluar dengan kawannya itu iaitu Jaxx sendiri.
Jaxx tersenyum lebar melihat wajah Rayden yang tenang itu.
" Kenapa? Kau marah aku keluar dengan Kaira?" Tanya Jaxx dengan muka yang tenang walaupun dia sedar Rayden seakan ingin menjauhkan Kaira dari dirinya.
Rayden hanya mendiamkan diri dan mata mereka bertentangan tajam tanpa sebarang perkataan yang keluar.
" Kau ada jawapan dia sendiri Jaxx." Jawab Rayden dengan muka yang mula berubah tegang.
Jaxx tersenyum kecil lalu ditepuk-tepuk bahu milik Rayden.
" Kau takut aku rampas dia dari kau? Dia just pekerja kau jer kan? Bagi lah aku peluang. Ke kau marah sebab kata-kata aku hari tu?" Duga Jaxx dengan tenang.
Rayden mengalihkan tangan Jaxx dari bahunya lalu direnung mata Jaxx lama.
" Apa maksud kau?" Soal Rayden dengan hati yang sedaya upaya ditenangkan apabila kawannya mula menyebut tentang arwah isterinya iaitu Zara. Bagi Rayden, mendengar nama Zara seakan pisau yang menghiris hati dia sendiri. Huh.
" Kau tak ingat Rayden? Aku kata aku dah mula suka Kaira sebab wajah dia sama macam Zara." Jawab Jaxx dengan tenang walaupun hatinya seakan ingin meletus.
Rayden terdiam.
" Kau suka dia sebab Kaira atau sebab Zara?" Perli Rayden dengan hati yang sakit apabila teringat semula apa yang Zara buat pada diri dia dan anak dia sendiri.
YOU ARE READING
𝐊𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 (OG)
Romance" Aku ada satu job untuk kau." " Job apa?" " Babysitter." " What?!! babysitter?" - Kaira "Yup! babysitter!" - Ray Mikael ________ " I warning kau, aku ni ibarat anjing bertalam muka serigala." - Rayden. " dan aku ni buta dalam menilai, sebab a...