" Kakak!! bangun kakak!!" kejut aku dengan resah lalu dipangku kepala Aira dipangkuan aku.
pipinya ditepuk berkali-kali supaya sedar namun hampa.
melihat darah yang mengalir dibelakang kepalanya membuatkan aku cuak.
pantas ambulance dihubungi namun phone ku disepak sebegitu pantas.
aku tergamam melihat phone ku tercampak keatas lantai.
" Kau nak call siapa?" tegur satu suara dari arah belakang dengan sinis.
aku mengeluh berat.
" kau rupanya.." keluh aku dengan kasar.
" Kau macam tak tahu pula kedatangan aku ni sebab apa? aku nak duit aku lah. apa lagi. kau tu dah 2 bulan tak bayar. " keluh lelaki itu dengan malas.
aku meraup muka sejenak.
" kau tak reti sabar ke? kan aku dah kata nanti aku bayar!!" kata aku dengan tegas.
Lelaki itu ketawa sinis.
" aku nak sekarang. kau dengar tak perempuan? aku nak sekarang." ugut lelaki itu dengan senyuman lebarnya.
" kau nak sangat duit kan? nah!! ambil semua duit aku ni. puas hati kau? itu je apa yang aku ada." marah aku lalu dicampak not-not duit diatas lantai.
lelakk itu duduk mencangkung dan mengira wang tersebut sambil ketawa kecil.
mata aku memandangnya tajam seakan mahu dibunuh saja.
" Duit ni tak cukup." perli lelaki tersebut lalu dipandang lama kearah aku yang masih memangku Aira yang masih tidak sedarkan diri.
" kau lelaki binatang. kakak aku tak ada kaitan dengan masalah ni. apa masalah kau!! pengecut!! " marah aku dengan hati yang sakit.
" Siapa suruh lambat bayar? hey perempuan!! dekat dunia ni. tak semua orang baik tau. kau kalau dah hutang bayarlah awal. senang. kerja aku memang hentam orang yang liat bayar macam kau ni." tengking lelaki tersebut.
" lebih baik kau berambus dari sini sebelum berkecai muka kau!!" tengking aku lalu menyuruh dia keluar segera.
lelaki tersebut tersenyum lalu bangkit. " i give you one week." pesan lelaki itu lalu meninggalkan koridor tersebut bersama-sama yang lain.
aku meraup muka dan wajah Aira ditepuk berkali-kali. phone yang sudah tercampak dengan pantas dicapai lalu dihubungi ambulance.
" Kak Aira..bertahan.." keluhku.
_______
" Kak Aira..." keluh aku dengan penuh kesal.
Kak Aira hanya tersenyum nipis sambil melihat permandangan air pancut dihadapannya itu.
kerusi roda milik Aira disorong kearah bangku untuk diduduki oleh aku.
" Kau kenapa Kaira? benda dah lepas..tak perlu kau kenangkan lagi." keluh Aira lalu digenggam erat tangan milik Kaira. menyalurkan keyakinan.
Aku tersenyum kecil lalu melabuhkan punggung pada bangku tersebut. genggaman Aira disambut erat.
" aku adik yang tak berguna Aira." keluh aku.
Aira tersenyum lebar lalu menggeleng perlahan.
" Kau adik yang baik dan aku sayangkan kau Kaira. perkara yang berlaku dalam hidup kita ni ada hikmahnya. aku tak kisah kau nak kerja dalam bidang yang kau minat janji kerja tu halal dan kau suka. " nasihat Aira dengan suara yang perlahan.
" lagipun bila aku duduk dekat hospital sekarang ni? aku rasa tenang sikit. tapi aku bosan juga. dan kau jangan salahkan diri kau. kita sama-sama susah. tak lama lagi aku sihatlah. " sambung Aira dengan ceria.
Aku memandang lama wajah Aira meminta kepastian dan Aira cuma tersenyum kecil.
" Thanks Aira. aku sayangkan kau. aku janji akan bayarkan segala hutang keluarga kita. dah tanggungjawab aku untuk bantu keluarga kita lepas mak ayah dah meninggal. ini semua silap aku sebab percayakan lelaki tu. aku ingat dia boleh bantu kita tapi rupanya dia tipu. dia along yang suka hentam manusia yang liat nak bayar. haih. " luah aku dengan penuh kesal.
Aira cuma mengusap kepala adiknya itu dengan lemah lembut.
" Tak apa Sayang. kita usaha sama-sama. kita bersyukur sebab aku masih hidup lagi." luah Aira pula.
aku tersenyum lebar mendengarnya.
________
YOU ARE READING
𝐊𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 (OG)
Romance" Aku ada satu job untuk kau." " Job apa?" " Babysitter." " What?!! babysitter?" - Kaira "Yup! babysitter!" - Ray Mikael ________ " I warning kau, aku ni ibarat anjing bertalam muka serigala." - Rayden. " dan aku ni buta dalam menilai, sebab a...