√Ch 5 - Desaru Birthday Party

262 15 0
                                    


The letters once said, i will wait you at Desaru.


Chapter 5 : Desaru Birthday Party!

✨✨✨



     Setelah selesai kelmarin dengan project Datin Rasidah, kami semua berasa lega.

     Petang Jumaat sebentar lagi, kami akan berangkat ke Johor.

     Datin beritahu bahawa Farqis berpuas hati dengan design mereka. Semuanya disiapkan mengikut kehendaknya.

Aku bersyukur.

     Satu project untuk tahun ini selesai. Minggu depan kami akan mula project milik Tengku Asnah.

     Sepanjang hujung minggu ini, aku dan pekerja yang lain akan habiskan masa di Desaru's resort.

Sambut birthday anak sulung Fazi.

    Fazi juga merupakan orang penting di Zania's Design. Whatever that makes her happy, i will grant her everything.

     Semuanya sudah diuruskan, aku meminta tolong kepada kenalan rapat aku yang merupakan pemilik Desaru's resort.

"Bila Nia dengan kawan-kawan berangkat?" Tanya bonda.

"Kejap lagi, pukul 3 Nia pergi airport. Flight pukul 4.30." Beritahuku.

     Aku sibuk mengemas bagasi kecilku untuk dibawa ke sana. Aku selalu guna bagasi ini setiap kali outstation di dalam negera.

"Ayah boleh tolong hantar Nia." Ujar bonda.

"Eh takpe. Nia pergi dengan kereta. Parking dekat airport je senang. Bukan lama pun. Macam biasalah." Kataku menolak pelawaan bonda.

"Kalau macam tu, ikut Nia lah."

    Bonda duduk di atas katilku sambil memerhatikan aku. Aku keluar untuk ke closet room di sebelah.

    Aku bawa sehelai dress labuh untuk bersantai di tepi pantai. Topi turut dibawa.

"Have fun!" Pesan bonda.

Aku tergelak kecil.

    Setiap kali aku pergi bercuti dengan pekerja aku, mesti bonda cakap benda yang sama.

     Aku bangun untuk memeluk bonda.

"Okey bonda kusayang." Aku sambung gelak.

"Nia selalu busy. Asyik terperap dekat pejabat. Takpun dekat rumah. Bila bercuti macam ni lah ada masa untuk rehat." Mukaddimah bonda.

"Ya..." Aku meleretkan nada suara. Pipi dikembungkan kemudian aku tersenyum lebar.

"Nia tahulah. Sebab tu lah Nia ajak dorang pergi sana. Lagipun Fazi memang rindu suami dia. Daniel tu dah lama tak balik rumah." Tukasku.

Bonda mengangguk faham.

     Aku masuk ke dalam bilik air untuk menukar pakaian. Aku mengenakan palazzo light brown dengan blouse putih yang dituck-in. Kardigan warna sama dengan palazzo di sarung.

     Rambut diikat dengan scarf dan aku memakai sunglasses Ray Ban. Mukaku hanya dirias dengan make-up nipis.

"Bye bonda."

     Aku memandu honda HR-V ke airport.

 

Desaru, Johor

Crystal Scars ⓒWhere stories live. Discover now