✨Like a normal couple, grow old and see the child growing up together.✨
Chapter 29 : Baby
✨✨✨
"Anak dan menantu umi dah sampai." Ujar umi dengan suara yang penuh gembira. Umi mempelawa kami masuk ke dalam rumah.
Aku merangkul tubuh kecil umi dengan erat.
"Umi sihat?" Tanyaku dengan penuh sopan.
"Alhamdulillah. Nia dengan Farqis macam mana?" soal umi semula.
"Kami okey je umi." Sampuk Farqis. Dia sudah duduk di sofa di ruang tamu.
Umi tersenyum dan merangkul bahu aku. Umi mengheret aku ke dapur bersama-samanya.
Sejak minggu lepas, umi menyuruh kami datang makan malam di rumahnya. Katanya rindu dengan anak-anak dia. Sunyi.
"Umi nak bawa wife Farqis pergi mana tu?" tanya Farqis, tercegat melihat ke arah kami.
Umi mencebik.
"Nak culik sekejap je. Nak bawa pergi dapur." Tukas umi.
"Ohh." Farqis mengangguk dengan bibir yang terjuih.
"Orang nak culik sekejap pun kecoh. Sayang betul dengan wife dia sampai tak nak berpisah sekejap je." Bisik umi.
Aku tergelak besar mendengar bisikan umi itu, Farqis mengerling curious ke arah kami.
"Dia punya clingy tu, dengan umi pun nak berkira." Gelakan aku makin kuat. Jelingan Farqis makin ketara. Aku memang sengaja mahu menarik perhatian dia.
Semasa di dapur, umi mengajar aku untuk memasak masakan kegemaran Farqis. Kami berborak tanpa henti. Umi bercakap dengan riuh sekali.
Aku mencelup udang yang sudah disiang ke dalam adunan tepung sebelum digoreng.
"Abang Aqis sweet tak?" tanya Fana yang berdiri rapat di sebelahku.
"Sejak bila abang kamu yang satu itu sweet?" Sindir umi.
Aku dan Fana saling tergelak.
"Umi ni..." Fana ketawa lagi.
"Abang Aqis terlebih sweet. Sampai boleh kena potong kaki akak." Aku memberitahu mereka.
Gelak-tawa umi dan Fana jelas mengisi ruang udara. Bibik juga ikut ketawa.
"Apa ni gelak-gelak sampai tak ingat dunia?" Suara Farqis datang menyampuk.
"Kak Nia cakap Abang Aqis tak sweet." Fana memutar belit cerita.
Mata aku membulat dan dahi aku berkerut, namun aku tetap tersenyum.
"Amboi! Sejak bila baby tak sweet?" Farqis datang mencocok pinggang aku. Aku terkejut.
"Baby?" Nada suara Fana mula meleret, tanda dia mahu mengusik kami.
"Umiii, Abang Aqis still baby lagi. HAHAHAHA." sakan Fana menggelakkan abangnya itu.
Aku tersengih lebar. Farqis langsung tidak kisah dengan ejekan adiknya itu.
"Nanti akak boleh bagi baby dekat Abang Aqis. Kita tengok sape lagi baby." tukas Fana dengan gembira.
YOU ARE READING
Crystal Scars ⓒ
RomanceFarqis Zarfan kehilangan isteri yang baru dinikahinya beberapa minggu. Kehadiran Erzania yang dulu adalah titik permulaan kisah cinta hidupnya mula mengubah segalanya. "You're pathetic!" -Erzania "Yes i am." -Farqis Zarfan "I'm...