√Ch 20 - Past Memories

222 19 1
                                    


The roses is my strength. In return, i sent the quotes, so we are equal.


Chapter 20 : Past Memories

✨✨✨

Farqis PoV


    Aku memeluk lutut di pinggir bilik yang gelap, cahaya bulan yang masuk melalui tingkap menyinari bunga roses di hadapan mataku.

Dagu diletak di atas lutut dan badan digoyangkan.

Bilik ini terasa sejuk, macam bilik mayat.

Aku tidak kisah jika aku kesejukan, tapi macam mana dengan Yara dan Fawwaz.

They are cold. Its freezing!

    Hati aku seakan-akan beku, aku tidak dapat menangis. Air mata aku sudah habis. Aku sudah penat menangisi pemergian dua insan tersayang dalam hidup aku.

    Segalanya terasa terlalu perit, aku menderita setiap hari. Cuba untuk membezakan antara realiti dan mimpi.

    Bagaikan mimpi, baru semalam aku berpelukan dengan Yara. Kami bergelak ketawa. Kami berbual dari malam sehingga subuh.

Tapi semuanya berubah sekelip mata.

    Semangat terkuat aku juga sudah pergi, Fawwaz sudah tiada. Dia tidak lagi berdiri di studionya untuk mengedit gambar dan memberi nasihat kepada aku.

    Yara juga sudah pergi. Dia tinggalkan aku tanpa sebarang amaran. Yara yang selalu ada untuk aku setiap kali aku sedih dan stress.

    Kedua-duanya sudah berpindah ke alam lain. Mereka bahagia di sana, hanya aku yang masih menderita.

Aku tenung blue roses di hadapanku lama.

Cantik dan menenangkan.

    Bunga yang banyak memberikan aku harapan untuk meneruskan hidup. Blue roses diibaratkan sebagai harapan untuk aku terus bersemangat.

Aku toleh ke arah Juliet roses pula.

    Bunga yang tidak berkembang seperti yang lain. Kuntuman bunga berkumpul di bahagian tengah ibarat bersembunyi dari dunia luar.

    Ya, bunga ini adalah sebab mengapa aku berpura-pura seperti aku kuat dari segi luaran. Namun tidak, i'm broken deep inside.

Bersembunyi dari dunia luar.

9 tahun lepas, flashback!

"Bunga apa ni?" Tanya aku kepada Fayad semasa aku melawat dia di Spain. Sekarang adalah musim cuti semester.

"The pink one is Juliet Roses, and the blue one, we called Blue Roses." Beritahu Fayad sambil meneguk americano menghadap pemandangan kota.

Crystal Scars ⓒWhere stories live. Discover now