√Ch 12 - My Brother

223 15 0
                                    


Once leaving but now his name appear again. He's alive.


Chapter 12 : My Brother


✨✨✨



     Hari ini aku perlu melawat site construction Hotel Embun. Selepas sahaja matahari terbit, aku terus ke sini.

     Sudah seminggu berlalu sejak kejadian di hospital haritu. Bonda memberitahu aku tentang Yara yang meninggal dunia kerana helicopter yang dinaikinya terhempas.

     Bonda cakap, Farqis ada penyakit tekanan darah rendah. Selepas Fawwaz meninggal dahulu, keadaan Farqis tidak seperti yang ditayangnya.

     Meskipun aku tidak bertanya sebarang khabar tentang Farqis, hati aku berasa curious mengenai keadaan semasanya.

Apa yang berlaku di dalam hidupnya selepas itu?

     Setelah berjaya menenangkan Farqis, doktor yang merawatnya datang menjenguk. Mereka menyuntik ubat penenang dan Farqis terus tertidur.

"After for so long, i'm not expecting to meet you again, Doktor Erzania." Ujar Doktor Qisara.

"Me too." Balasku sambil termenung ke tempat lain.

"I thought you decided to leave the medical field." Tukas Dr Qisara.

"No, i'm not. I managed to graduate with PhD of Clinical Psychologist. Bonda tak tahu." Balasku sambil berpeluk tubuh.

"So, you do double degree at the same time? So powerful Doctor Erzania. I'm so impress."

"Yes, with Interior Design. I hide myself for so long. I think i can understand myself by learning psychology. But i'm wrong. I'm confuse with myself even more." Luahku dengan nada sayu.

      Aku memandang bangunan Hotel Embun yang berjaya didirikan dengan baik. Tidak lama lagi, Zania's Design will get involve with the interior design.

"Cik Erza, topi keselamatan." Engineer yang mengawasi proses kerja hotel ini menghulur topi kuning kepada aku.

"Thank you." Aku memakai topi itu.

     Aku mengikut engineer itu untuk melawat bangunan hotel. Dia membawaku melihat design construction bahagian dalam hotel.

    Aku melakar design bangunan di dalam ipadku secara ringkas. Aku mempunyai daya ilustrasi yang tinggi.  Hanya sekali pandang, aku sudah dapat membayangkan interior design yang sesuai untuk hotel ini berdasarkan idea kasar pemilik hotel.

     Minggu hadapan, aku perlu membuat pembentangan mengenai idea lakaran design yang sesuai untuk hotel ini.

"Tangga dah siap, cuma lift belum ada. Tingkap bangunan masih dalam proses. Kalau Cik Erza setuju, kami akan teruskan pemasangan tingkap." Terang engineer itu.

"Tingkap boleh maklumkan dekat Kenley Holding. They will handle it. Tuan Irsyad cakap nak pasang private elevator di sesetengah floor, yang tu Kenley akan uruskan juga." Beritahuku.

Crystal Scars ⓒWhere stories live. Discover now