✨Every husband and wife need to stay together at the same place.✨
Chapter 23 : Move In
✨✨✨
"Tolong jaga my flowers elok-elok." Pesanku kepada Jannah.Aku berasa sungguh sedih kerana aku perlu berpindah rumah untuk tinggal di penthouse Farqis.
"Zania, you don't need to worry. Akak akan jaga elok-elok. Akak tahu roses tu ibarat nyawa Nia." Janji Kak Jannah. Aku memeluknya erat.
Aku berpaling ke arah Abang Rezza, Aqid dan Kaef. Aqid menunduk sedih. Mamat ni memang over kekadang.
"Nah card bank, you can use it whenever you want. Tapi ada limit, Kak Nia tak nak adik salah guna." Hulurku kepada Kaef.
Aku tersengih gembira.
Aku memeluknya erat. Ini bukan kali pertama kami berpisah. Kaef sudah terbiasa.
"Thank you Kak! Aku sayang kau! Very MUCH!" Ucap Kaef lalu menghadiahkan ciuman di pipi kananku.
Farqis yang sudah selesai mengangkat semua barang aku ke dalam Hilux Abang Rezza, berdiri memerhati gelagat kami.
"Kak Ain mana?" Tanyaku kepada Abang Rezza. Kak Ain merupakan isterinya. Kak Ain ialah tukang masak untuk semua pekerja di kebun ayah.
"Kak Ain dah nak bersalin tak lama lagi, dia tengah rehat dekat rumah." Beritahu Rezza. Aku mengangguk faham.
"Nia." Panggil bonda.
"Ni sweater kesayangan Nia. Bonda dah packing semua alat melukis Nia. Nanti gambar-gambar tu, bonda suruh Rezza hantar lain kali." Kata bonda yang baru keluar dari rumah.
Aku mengambil sweater yang dihadiahkan oleh Abang Long dulu. Sejak zaman sekolah menengah, aku memang suka pakai sweater ni.
"Gambar dekat dalam stor nak jugak ke?"
Wajahku bertukar kalut.
Aku memandang ke arah Farqis dan terus menggeleng laju ke arah bonda. Karang kantoi naya aku.
"Tak yah lah bonda. Gambar tu besar sangat. Lagipun Nia dah tak nak guna dah." Tolakku kalut.
"Bukan gambar tu favorite kau ke Kak? Apasal kau letak dalam stor? Bila kau stress, kau asyik tenung je gambar tu." Seloroh Kaef dengan wajah berkerut.
Aku menekup mulutnya pantas.
I'm so done!
"Ala takpelah, biar dia duduk situ." Balasku lagi. Aku menjeling Kaef dengan tajam. Adikku itu berubah senyap, dia faham maksud pandangan itu.
Aku merasakan pandangan pelik yang ditunjukkan oleh Farqis.
Peduli apa aku.
YOU ARE READING
Crystal Scars ⓒ
RomanceFarqis Zarfan kehilangan isteri yang baru dinikahinya beberapa minggu. Kehadiran Erzania yang dulu adalah titik permulaan kisah cinta hidupnya mula mengubah segalanya. "You're pathetic!" -Erzania "Yes i am." -Farqis Zarfan "I'm...