✨The angel i will love till the end of my life.✨
Chapter 7 : Pre Wedding
✨✨✨
Farqis PoV
Hari yang ditunggu-tunggu bakal tiba tidak lama lagi. Aku tersenyum bahagia.
Kami akan mengadakan photoshoot pre-wedding.
Aku terlampau excited. Setelah hampir 12 tahun bercinta dengan Yara, akhirnya kami akan disatukan dengan satu ikatan yang akan kekal hingga ke akhir hayat.
Yara adalah satu-satunya wanita yang aku cintai. Kehadirannya membuatkan hari aku ceria dan bahagia. Aku tidak pernah sekalipun membayangkan hidupku tanpa Yara.
Yara seorang wanita yang baik, lemah lembut, cantik, bijak dan pandai berdikari. Dia juga tahu hormat orang tua.
Yara seorang yang periang. Setiap patah kata yang keluar dari bibirnya mampu menceriakan hari orang di sekelilingnya. Sifat bubblynya membuatkan hari aku sentiasa happy.
"You look so pretty and gorgeous." Pujiku setelah Yara selesai menukar pakaian pengantin.
Gaun kembang yang mengikut bentuk pinggang serta tirai labuh di belakang bahu, membuatkan Yara kelihatan lebih berisi. Yara terlalu kurus kerana dia seorang model. Namun, wanita ini tetap cantik dimataku.
"Thank you." Ucap Yara dengan suara sweet.
Aku tarik tirai belakang bahunya dan melurutkan dengan betul supaya Yara tidak tersungkur apabila dia berjalan.
"But you look like nambo." Yara berkata kemudian dia ketawa besar.
Matanya menjadi sepet setiap kali Yara tersengih lebar.
Nambo adalah nama tiger yang Yara hadiahkan untuk aku semasa birthday aku yang ke-25. Nambo diletak di Zoo Thailand atas nama aku. Yara membesar disana, jadi kami sering ke Thailand.
Tahun ini aku sudah berumur 29 tahun.
"Rawrr!! I am Nambo." Gurauku lalu membuatkan gaya tangan dan dihalakan ke arah Yara.
Yara tergelak riang.
"Enough Qis! My makeup will destroy if i keep laughing." Yara tetap ketawa tanpa henti.
Sepertinya Yara sungguh terhibur. Di hari-hari bahagia yang bakal menjelang tidak lama lagi, semestinya kami selalu ketawa dengan gurauan masing-masing.
"We will take picture at floral garden." Beritahu fotografer kami.
Floral garden adalah salah satu taman bunga yang besar di KL. Ramai yang menjadikan taman ini sebagai set penggambaran untuk pre-wedding.
"Okay, jom sayang." Aku menghulurkan lengan aku kepada Yara. Yara meletakkan tangannya di lenganku dan aku terus menariknya.
YOU ARE READING
Crystal Scars ⓒ
RomanceFarqis Zarfan kehilangan isteri yang baru dinikahinya beberapa minggu. Kehadiran Erzania yang dulu adalah titik permulaan kisah cinta hidupnya mula mengubah segalanya. "You're pathetic!" -Erzania "Yes i am." -Farqis Zarfan "I'm...