√Ch 18 - Marry Me

262 16 0
                                    


You are the only people that can help me. I will not kill myself and living a good life. So please, marry me and help me.


Chapter 18 : Marry Me

✨✨✨



Aku merenung bumbung bilik tanpa berkelip.

Termenung panjang.

Can you believe it?

    Bunga roses yang aku tanam dan aku jaga dengan rapi, hanya untuk dihadiahkan untuk Fayad, tapi orang lain yang menerimanya.

I feel betrayed!

    Wajah kasih sayang yang dipancarkan oleh Farqis apabila lelaki itu merenung setiap bunga roses masih terlayar di fikiranku.

Mungkin ianya bakal menghantui aku.

    Aku terduduk, bangkit dari tidur. Potret gergasi di hadapan mata ditenung lama. Kebun bunga roses yang terdiri daripada pelbagai rare breed of rose species.

Aku sudah menanam bunga itu sejak kecil.

    Juliet roses dan blue roses adalah species yang paling aku suka. Hanya orang yang tertentu dapat menerimanya daripada aku. Aku tidak pernah menjualnya, hanya dihadiahkan kepada orang tersayang di hari yang penting.

    Ayah merupakan florist dan gardener,  dia mempunyai ijazah dalam bidang kajian pertanian. Minat aku kepada bunga terutamanya roses telah wujud sejak aku kecil.

    Aku bingkas bangun, pajama satin ditukar kepada baju yang lebih sesuai.  Kunci kereta black jeep milik ayah dicapai.

"Nia nak pergi mana malam-malam ni?" Tegur bonda yang keluar bersama secawan kopi untuk ayah.

"Kebun bunga." Balasku pendek.

"Hati-hati." Pesan bonda. Aku mengangguk dan berlari keluar dengan pantas.

    Black jeep dipandu sepanjang jalan menuju ke kebun bunga roses. Jalan kampung hanya disinari dengan lampu tiang.

Kaki berlari laju masuk ke dalam pagar kebun.

Lampu automatik terbuka.

    Nafas aku tercungap-cungap dan jantung berdegup laju. Mata meliarkan ke sekeliling.

    Aku dapat melihat juliet roses dan blue roses yang ditanam bersebelahan dari jauh. Kawasan penanaman species bunga itu terletak agak jauh dari species yang lain.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kedua-duanya milik aku.

   
Yang lain ditanam oleh ayah ataupun pekerja ayah.

Crystal Scars ⓒWhere stories live. Discover now