√Ch 15 - Wrong

215 17 0
                                    


My existence is not for anyone to notice. I cannot be a replica if that what you want. I'm not willing to be a wood puppet just to imitate someone you loved.


Chapter 15 : Wrong


✨✨✨



     Rutin harian yang tidak pernah berubah. Hidup aku hanya diisi dengan pekerjaan.

"Jom lunch!" Ajak Fazi seperti biasa.

     Aku memandang sambil berfikir. Tangan menutup laptop yang digunakan. Jam tangan dikerling sekilas.

"Maybe no, i'm sorry. Harini kena lunch dengan Bonda." Tolakku sambil mengeluh.

    Sudah seminggu bonda menyuruh aku untuk lunch di rumah. Alasannya cuma satu, lepas lunch tolong hantar makanan untuk Farqis.

Aku tidak suka.

    Aku bukan food delivery. Jika lelaki itu lapar, dia boleh order ataupun pergi restoran sendiri.

    I think he's okay now, even tho Aunty Idah complaint Farqis sudah jarang berborak panjang. Kadang-kadang lelaki itu mengelak daripada berbual dengan manusia.

    Setiap masa aku pergi hantar makanan, dia berpura-pura sibuk dengan kerja.

"Bonda masak pulut mangga. Aunty Idah cakap Farqis suka makan." Beritahu bonda.

    Aku sekadar mengangguk dengan muka malas. Nasi disuap ke mulut dan aku kunyah tanpa banyak bunyi.

    Selepas sahaja siap makan, bonda masuk ke dalam rumah. Ayah masih makan dengan santai.

"Kenapa asyik suruh Nia? Nia tak faham. Bukan ke Farqis tu anak Aunty Idah. Aunty boleh je suruh bibik dia hantar." Aku memulakan misi complaint, tak puas hati.

Ayah tersengih lucu.

"Bonding time?" Teka Ayah.

Aku membuat muka toya.

"Wife dia baru je meninggal. Nak bonding time boleh cari orang lain." Kataku lancang.

"Amboi! Kasar nampak." Bonda menegur.

    Wajah dipalingkan ke tempat lain dan aku menjulingkan mata ke atas. Ayah hanya menggeleng.

"Kalau Nia yang kehilangan suami, apa Nia akan rasa?" Tanya bonda.

    Aku kerutkan kening. Rasa apa? Tak rasa apa-apa pun. Lagipun, aku tidak berniat mahu berkahwin dalam masa terdekat.

"Sad. Maybe only for awhile. Then, move on. Nia masih banyak kerja nak buat, Nia tak boleh terus-terusan bersedih." Jawabku laju.

Bonda menggelengkan kepala.

"But not everyone same like you Zania. Setiap orang memerlukan masa untuk meneruskan hidup seperti biasa. 12 tahun dia terbiasa dengan kehadiran arwah Yara. Kehilangan yang mengejut, siapa saja boleh berlakon seperti sediakala." Bebel bonda.

Aku mengeluh kecil.

"Nia tahu."

"Kalau tahu, Nia cubalah tolong Aunty Idah sekali ni je. Emak mana yang tak risau bila tengok anak dia sedih. Farqis jarang makan tapi kerja 24 jam. Dulu masa Fawwaz meninggal, Yara selalu hantar makanan untuk dia." Seloroh bonda.

Crystal Scars ⓒWhere stories live. Discover now