✨Happiness is a butterfly, which when pursued, is always just beyond your grasp, ...
"When I let go of what I am, I become what I might be✨
Chapter 30 : Broken
✨✨✨
Ring~~Ring~~
"Sweetheart! Your phone!!" Laung Farqis dari dapur.
Aku berlari keluar dari dalam bilik selepas selesai membuang di tandas. Di pagi hari, perut aku sudah mula membuat onar.
"Who call me?" tanyaku sambil tercungap-cungap. Farqis menggeleng tanda tidak tahu, mungkin dia tidak tengok nama si pemanggil di skrin phoneku.
Aku mencapai phone di atas meja makan lalu menjawab panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil terlebih dahulu.
"Erzania." si pemanggil menyeru.
Aku terkejut, Farqis dikerling seketika sebelum aku keluar ke ruang kolam.
"Yes, Doktor Afzal." Aku membalas separa berbisik. Sekali-sekala aku mengerling ke ruang makan.
"The result is out. I cannot guarantee anything but..." Doktor Afzal bersuara.
Jantung aku mula berdebar, aku toleh lagi ke tempat sama berulang kali. Risau jika Farqis mencuri dengar perbualan kami.
"Erzania, please datang ke hospital dengan segera. We need to discuss about you." suruh Doktor Afzal.
"Okay, i will go there today." aku membalas dengan nada yang cuba ditenangkan sehabis baik.
Aku mematikan talian dan cuba menenangkan diri sebelum masuk semula ke ruang makan. Hatiku cuma berharap Farqis tidak perasan akan perubahan aku.
"What's wrong Nia?" Tanya Farqis sebaik sahaja dia melihat aku.
Aku tersenyum meskipun pahit.
"It's my client. They want to carry-forward our meeting." Aku menahan rasa kerana menipu 'sunat' kepada suami sendiri.
Farqis mengangguk, tidak banyak soal. Sebelum ini, kami sudah bersepakat tidak mahu mencampur-tangan mengenai business masing-masing melainkan kalau ianya agak serious.
Hospital
Ini bukan kali pertama aku ke hospital sepanjang kami berkahwin. Setiap kali aku ke sini, aku pasti menipu sunat supaya suami aku tidak curiga.
Makin hari, aku sudah mahu gila kerana tidak tahan dengan penipuan ini. Berbagai-bagai fikiran negatif berlegar-legar di kepala.
Bagaimana reaksi Farqis kalau dia tahu tentang perkara ini.
Kepercayaan yang sudah wujud antara kami pasti akan musnah. Hubungan kami akan dibadai angin. Akan tetapi, aku masih belum bersedia mahu memberitahu lelaki itu.
Bonda juga belum tahu tentang masalah yang dihadapi aku sejak sekian lama.
"Doktor Afzal ada?" tanyaku kepada nurse di kaunter.
"Ada. Jemput masuk Cik Erza." pelawa nurse yang tengah sarat mengandung itu.
Aku tersenyum melihat perut bulatnya itu. Rasa tajam mula menusuk di hati.
YOU ARE READING
Crystal Scars ⓒ
RomanceFarqis Zarfan kehilangan isteri yang baru dinikahinya beberapa minggu. Kehadiran Erzania yang dulu adalah titik permulaan kisah cinta hidupnya mula mengubah segalanya. "You're pathetic!" -Erzania "Yes i am." -Farqis Zarfan "I'm...