✨She doesn't let me in. I guess I broke her heart.✨
Chapter 33 : Find her
✨✨✨
Farqis PoV
"Nia pun ada hati dan perasaan." Bebelan umi hanya masuk dari telinga kiri dan keluar melalui telinga kanan.
Keadaan aku sudah semakin membaik. Rasa amarah juga sudah mulai pudar apabila umi memberitahu aku tentang kisah sebenar pasal Nia. Beberapa hari lalu, bonda datang dan berterus terang pasal Nia dan Abang Long Kasyaf.
Fayad juga turut dimarahi oleh umi kerana bersikap tidak matang. Lelaki itu menggunakan nama umi untuk menutup kesalahan sendiri. Mahu umi tak mengamuk satu rumah. Abi pula yang terpaksa menenangkan isteri singanya itu.
Bonda datang dengan hajat yang elok. Segala rahsia dan pertelingkahan yang berlaku di antara Fayad dan Kasyaf diceritakan satu-persatu. Jika Fayad boleh disalai seperti daging, sudah lama lelaki itu dijadikan makanan dinner umi.
"Anak itu anak kamu?!" Jerit umi menggegarkan satu rumah.
Fayad hanya mampu terdiam dan menunduk.
"Habis tu kenapa Kasyaf yang kena bertanggungjawab?! Lelaki jenis apa kamu ni Fayad?!"
Satu rumah terkedu.
"Umi tak pernah ajar anak umi jadi macam ni. Rosakkan anak gadis orang dan tinggalkan dia macam lelaki dayus!" Sudah mahu roboh banglo tiga tingkat ini.
Kegarangan umi semakin terserlah apabila anak harapan keluarganya membuat hal. Mengucap panjang wanita tua itu. Tidak menyangka anak lelaki sulungnya itu akan membuat perangai tidak elok.
"Helen tak pernah bagitahu Fayad umi. Dia cuma cakap itu anak Kasyaf. Fayad tak pernah tahu."
"Menjawab! Umi cakap, kau pandai lah nak berhelah." Abi mengusap lengan isterinya. Kepala digelengkan cuba menyuruh wanita itu beristighfar.
Satu keluarga terdiam lagi.
"Helen tu girlfriend kamu dari sekolah lagi. Setiap hari datang rumah kita. Macam mana boleh jadi anak Kasyaf pulak. Jadi selama ni, kamu cuma tuduh kawan baik kamu tanpa bukti lah. Bergaduh bertahun-tahun. Kononnya tak ada persefahaman. Kalau aku lempang ni!!" tengking umi.
"Astagfirullahalazim Rasidah." Abi mengucap panjang.
Wajah Fayad semakin rasa bersalah. Sekarang baru dia tahu kisah sebenar. Anak yang dikandung Helen itu ialah anak dia. Kasyaf Aditya cuma menolong Helen kerana gadis itu melutut dan merayu meminta tolong.
"Kamu masuk bilik dulu, Yad. Bagi umi bertenang dulu." Suruh Abi cuma mahu melegakan keadaan keruh.
Aku yang dari tadi berdiri di tepi sofa juga mahu melarikan diri. Tapi umi menegur...
"Kamu pun sama saja Farqis. Kenapalah semua anak lelaki aku tak reti nak bertanggungjawab. Yang ini dah ada isteri tapi tak pandai nak jaga betul-betul." bidas umi. Nampaknya wanita itu sudah lama menyimpan perasaan geramnya.
Zap!!!
Laju bidasan itu menusuk tajam sehingga ke kalbuku.
"Hujung minggu ni, umi nak kamu pergi cari Nia dekat Port Dickson tu." Arah umi dengan tegas.
Aku menghembuskan keluhan kecil. Tetapi, kepala mengangguk faham. Kaki pantas berlalu dari ruang tamu. Tidak mahu giliran aku pula ditengking oleh umi.
YOU ARE READING
Crystal Scars ⓒ
RomanceFarqis Zarfan kehilangan isteri yang baru dinikahinya beberapa minggu. Kehadiran Erzania yang dulu adalah titik permulaan kisah cinta hidupnya mula mengubah segalanya. "You're pathetic!" -Erzania "Yes i am." -Farqis Zarfan "I'm...