✨Give him some strength and prepare some food for him.✨
Chapter 24 : Hugging
✨✨✨
Hari kami berlalu seperti biasa.
Aku dan Farqis jarang berbual panjang. Masing-masing busy dengan kerja. Aku banyak meluangkan masa di bilik pejabatku di rumah. Aku sudah mengubahsuai bilik itu kepada ruang pejabat untukku.
Waktu makan malam, kami makan bersama. Sama ada, makan di restoran atau order food delivery. Aku tidak pernah memasak sepanjang tiga minggu kami menikah.
Breakfast dan lunch, masing-masing sibuk dengan kerja. Aku perlu fokus kepada projek Hotel Embun, jadi aku jarang ada di rumah. Farqis juga sama.
"Fazi! Saya balik dulu." Aku berkata kepadanya. Jam sudah masuk pukul 7 malam.
Hari ini, kami perlu menyusun atur design terbaru yang dipersetujui oleh Tuan Irsyad. Kami juga perlu berhubung dengan pembekal.
"Okey Cik Erza! Hati-hati drive."
Aku pulang lewat sejam dari kebiasaannya. Sebelum ini, aku akan bertolak ke rumah pada pukul 5.30 dan tiba pada pukul 6. Walaupun jalan jammed, rumah kami hanya dekat dengan Zania's Design.
Waktu perjalanan hanya 15 minit kerana jalan pulang ke rumah sudah tidak sesak.
"Assalamualaikum!" Aku memberi salam. Dahi berkerut apabila lampu rumah masih tidak berpasang.
Farqis belum pulang ke? Selalu dia balik lebih awal daripada aku.
"Awak!? Farqis?!" Aku menjerit ke segenap rumah.
Namun hanya sepi tanpa sahutan. Aku merentasi kolam renang dan masuk ke ruang tamu kedua.
Apabila aku membuka pintu bilik kami, Farqis juga tidak ada. Sepatutnya aku sudah pulang terlalu lewat dari kebiasaanya.
Aku malas mahu mencarinya, mungkin Farqis belum balik sebab makan malam dengan client. Aku terus mandi dan memakai hoodie serta skirt.
Hari kelihatan gelap tanpa cahaya bulan dan suasana sekeliling terasa agak sejuk. Hujan mula turun secara rintik-rintik sebelum mulai lebat.
"Kenapa Farqis masih belum balik?" Gumamku sendirian.
Aku merenung telefon bimbit lama, patutkah aku telefon dia?
Aku menggeleng.
Kaki melangkah ke dapur untuk mencari makanan. Perut berasa lapar kerana seharian busy di pejabat. Aku hanya sempat makan lasagne semasa lunch.
Kabinet dibuka, cuba mencari makanan. Bungkusan mi sedap dikeluarkan. Aku malas mahu memasak kerana badan terasa sungguh penat.
YOU ARE READING
Crystal Scars ⓒ
RomansFarqis Zarfan kehilangan isteri yang baru dinikahinya beberapa minggu. Kehadiran Erzania yang dulu adalah titik permulaan kisah cinta hidupnya mula mengubah segalanya. "You're pathetic!" -Erzania "Yes i am." -Farqis Zarfan "I'm...