✨I can treat you like a normal wife. I can be better than your late wife. Maybe i can show you that i care about you. I will try my best.✨
Chapter 19 : Maybe I Can
✨✨✨
"Cik Erza, Encik Farqis nak jumpa." Beritahu Dinie, PA ku.
Wajah aku bertukar serabut.
"Cakap saya takde." Arahku.
Aku menarik handbag dengan laju, figura Farqis kelihatan berdiri di pintu masuk bangunan ofisku.
Apabila Farqis toleh ke arah lain, kakiku laju menuju ke pantri ofis secara senyap-senyap, aku keluar melalui pintu kecemasan.
Tanganku bergegas menahan teksi, aku kena lari daripada dia. Lantaklah kereta aku dekat pejabat pun. Aku tidak mahu berhadapan dengan lelaki itu tika ini.
"Ke mana cik?"
"KLCC." Balasku tenang. Aku mencuri pandang ke belakang. Farqis masih belum keluar.
Sudah tiga hari berlalu, aku masih belum bersedia untuk membicarakan tentang hal ini. Kepala aku sungguh serabut dan aku sangat stress.
Aku teringat perbualan aku dengan bonda semalam.
"Nia datang sini kejap." Panggil bonda mengajak aku ke taman belakang rumah.
"Bonda nak cakap pasal Farqis." Kata bonda dengan nada berhati-hati. Bonda tahu aku tak nak cakap pasal benda itu.
Aku memeluk tubuh.
"Bonda tahu Nia belajar psychology."
Aku terpana. Mata merenung bonda, cuba membaca reaksi wajahnya. Bonda hanya tenang. Dia tidak marah.
"Nia minta maaf." Ucapku perlahan. Aku merasa bersalah kerana menipu bonda selama ini.
"Bonda tak marah dekat Zania. Tapi bonda cuma nak tahu sebab Nia buat double degree." Soal bonda.
Aku mengetap bibir.
"Nia..." Aku kehilangan kata.
"Kenapa Nia tak tanya bonda dulu? Nia takut bonda tak setuju? Bonda akan benarkan Nia sambung bidang Psychology je. Nia tak perlu sambung interior design macam yang bonda minta." Seloroh bonda dengan wajah berkerut.
Aku menggeleng.
"Nia memang minat Interior Design. Cuma Nia..."
"Nia apa? Nia keliru dengan diri Nia? Nia anggap diri Nia ada masalah? Heartless, itu yang Nia risau?" Tanya bonda bertubi-tubi.
Aku menggigit bibir dengan kuat.
"Jangan gigit bibir Nia. Nanti bibir Nia luka." Tegur bonda.
Aku melepaskan gigitan itu. Lengan kanan digosok perlahan.
"Apa yang Nia dapat bila belajar Psychology? Nia jumpa jawapan yang Nia cari selama ni?"
Aku menggeleng.
"Jadi kenapa Nia bazirkan masa Nia? Nia cuma membuatkan diri Nia makin keliru dan stress." Nada bonda berubah separa tinggi.
Aku mengeluh kecil.
"Nia tak tahu." Balasku perlahan. Aku buntu dengan diri sendiri.
"Doktor Afzal beritahu bonda, dia cakap Nia okey. Nia masih ada hati dan perasaan macam orang lain. Apa yang Nia rasa yang membuatkan Nia fikir diri Nia kurang dari orang lain?"
YOU ARE READING
Crystal Scars ⓒ
RomanceFarqis Zarfan kehilangan isteri yang baru dinikahinya beberapa minggu. Kehadiran Erzania yang dulu adalah titik permulaan kisah cinta hidupnya mula mengubah segalanya. "You're pathetic!" -Erzania "Yes i am." -Farqis Zarfan "I'm...