√Ch 16 - Unwilling

223 17 0
                                    


For the sake of Bonda, i will do anything to make her happy. But i'm unwilling.

Chapter 16 : Unwilling!


✨✨✨



     Hari ini merupakan hari Jumaat. Dari pagi aku tidak masuk ke pejabat. Entah kenapa, kali ini hati aku begitu terasa dan kecewa dengan apa yang dikatakan oleh Bonda tempoh hari.

Aku berdiri menghadap lautan.

    Scarf yang berterbangan kerana angin dibetulkan kerana aku takut ianya terbang. Aku hanya berkaki ayam, sekali-sekala air ombak menyentuh kakiku.

Mataku hanya kosong, fikiran aku bebas daripada masalah.

    Aku mempunyai banyak masalah, tapi aku cuba untuk melupakannya. Hari ini, aku sekali lagi berdiri di sini. Di pantai Port Dickson.

Jika bukan ke sini, aku akan memandu ke Cameron Highland.

   Cuba melarikan diri daripada dunia realiti. Setiap kali bonda menegur aku kerana sikap aku yang tidak prihatin. Aku akan terasa hati.

Heartless.

Hanya perkataan itu yang berputar di fikiranku pada setiap saat.

'Heart Disease is heartless.'

Kata Doktor Afzal semasa aku mengikuti rawatan terapi dengannya tempoh hari.

    Aku berpusing dan mahu berlalu dari situ. Kaki berjalan di pinggir lautan. Hari sudah menjelang petang, tidak lama lagi matahari bakal melabuhkan tirainya. Bulan akan mengambil alih.

"Auch!" Aku meraung kesakitan. Tangan memegang bahagian kepala yang terkena volleyball tadi.

"Oh no," aku terdengar suara kanak-kanak lelaki yang ketakutan.

Aku menjeling ke arahnya.

    Aku menunduk dan mengambil bola itu. Bola dipegang tanpa berfikir mahu memulangkan kepada pemiliknya semula.

"Izzat!!!" Seorang lelaki dewasa datang menghampiri kanak-kanak itu. Dia toleh ke arah aku lalu melihat ke arah bola ditanganku.

"Cik okey?" Tanyanya risau.

"I'm okay." Balasku datar namun suara aku perlahan.

Lelaki dewasa itu tersenyum kekok.

"Maafkan anak saudara saya. Dia tak sengaja." Ucap lelaki itu dengan penuh rasa bersalah.

Aku menggigit bahagian dalam pipi kanan.

"Your ball." Aku menghulurkan semula bola kepadanya.

"Be careful next time." Pesanku dan terus berjalan.

"Thank you cik!" Lelaki dewasa itu melaung kuat.


Resort nearby,

    Aku berdiri lama di hadapan kaunter lobi resort. Jari jemari mengetuk perlahan di atas kaunter. Mata memerhatikan gerak geri pengunjung yang lain.

"Kami minta maaf Cik Zania. Bilik yang selalu cik guna dah ada orang. Mungkin Cik Zania mahu pilih bilik lain?" Kata penjaga kaunter itu serba salah.

Crystal Scars ⓒWhere stories live. Discover now