✨It's my last decision, and i will not change it. Maybe i will understand it, in the future. Learn how to love and care.✨
Chapter 21 : Fast Forward
✨✨✨
Masa terus bergerak pantas,
Dua bulan kemudian,
Aku berjalan mundar-mandir di dalam bilik tidur. Esok merupakan hari penting dalam hidup aku.
Perkahwinan aku dan Farqis.
Aku duduk di atas katil, satu keluhan berat dilepaskan. Aku masih tidak dapat percaya. Aku bakal berkahwin esok.
Bukan lusa, minggu hadapan, bulan depan, atau tahun depan.
Tapi esok!
Jika orang lain excited kerana bakal melangkah ke alam pernikahan, perasaan aku sungguh berbeza. Aku tidak gembira sebaliknya aku resah dan takut. Hati aku tidak dapat menerima kenyataan.
"Argh!! Erzania! What are you doing?! Are you crazy?!" Marahku pada diri sendiri.
Dahi aku berkerut, dan aku mengigit bibir aku dengan kuat.
Selepas itu, realiti memukul kuat diri aku. Aku melepaskan gigitan bibir. Risau sekiranya bibir aku akan berdarah dan semua orang akan perasan esok hari.
Mataku terpandang frame gergasi kebun roses.
"I should hide it. Farqis cannot see it, if not he will know about the roses he received before. The roses is not for him supposedly."
Aku berdiri dengan tegas.
Kerusi meja makeup ditarik dan aku panjat untuk mencabut potret gergasi itu. Walau apapun jadi, aku perlu menyembunyikan potret ini.
"Nia nak bawa gambar tu pergi mana?" Tegur bonda.
"Simpan dalam stor." Balasku determine.
"Dah malam ni, awak tu bakal pengantin." Ujar bonda dengan nada risau.
"Kejap je, lepastu Nia masuk bilik terus." Selorohku.
"Hm, jangan tidur lewat." Pesan bonda.
Aku mengusung potret itu keluar melalui pintu sliding. Aku berjalan di sepanjang kolam air terjun untuk ke belakang rumah. Stor dibina berasingan dari rumah kayu modern ini.
Potret diletak ditepi pintu, aku mengeluarkan kunci dari poket seluar. Kunci mangga dan pintu dibuka. Suis lampu di tepi pintu dicari, aku pasang lampu.
Stor penuh dengan barang-barang yang sudah tidak digunakan. Berhabuk pula tu.
Aku memuncungkan mulut dan menggelengkan kepala.
"No! Terlalu cantik untuk disimpan di dalam stor."
Hatiku berdolak-dalih. Haih!
"Letak jelah, sehari je pun. Nanti aku pindahkan ke tempat lain."
Aku mengangguk.
Potret itu diusung masuk ke dalam stor. Aku menyandarkannya pada barangan yang lain.
"Just for one day, i promise. I will take you back later." Aku bercakap dengan potret itu.
Aku memang pelik.
YOU ARE READING
Crystal Scars ⓒ
RomanceFarqis Zarfan kehilangan isteri yang baru dinikahinya beberapa minggu. Kehadiran Erzania yang dulu adalah titik permulaan kisah cinta hidupnya mula mengubah segalanya. "You're pathetic!" -Erzania "Yes i am." -Farqis Zarfan "I'm...