√Ch 31 - Don't need her

261 18 0
                                    

I will not trust people easily. Treat her badly and ignore her all days.


Chapter 31 : Don't need her


✨✨✨

Farqis PoV


     Hanif menolak pintu bilik pejabat sahabat baiknya, Farqis. Lelaki itu menggelengkan kepala melihat keadaan Farqis pada saat ini. Boleh mengucap panjang.

Macam orang yang kehilangan isteri.

    Hanif mengeluh apabila dia teringat sesuatu. Dia menggigit bibirnya seketika. Sewaktu arwah isteri Farqis, Yara Emirah meninggal, keadaan Farqis tidak seteruk begini.

    At least, uminya sendiri yang menjaga Farqis.

    Sekarang, baru bergaduh sekali dengan wife baru dia, jasad macam dah hilang separuh nyawa. Mayat hidup pun lagi sopan daripada dia.

    Lelaki itu sudah berkampung di pejabatnya selama seminggu. Dia langsung tidak balik ke rumahnya sendiri mahupun rumah orang tuanya.

    Pekerjanya sendiri sudah mula merungut dan tertanya-tanya dengan keadaan bos mereka sendiri. Mana taknya, bilik pejabat bersepah macam tongkang pecah. Rupa sebenar pun dah tak nampak. Dah macam rupa jalan gelandangan pun ada.

    Plastik makanan dan tin minuman dibiarkan merata-rata dalam biliknya ini. Bilik gelap tak ada masa depan. Cahaya matahari pun segan nak masuk.

"Sampai bila kau nak macam ni Farqis?" tanya Hanif dalam nada risau. Farqis merupakan kawan baiknya sejak kecil.

    Dia tahu Farqis sejenis yang setia. Sekali dah sayang, susah nak patah balik. Kalau sampai macam nilah keadaan dia, nampaknya lelaki itu sudah lama pendam.

    Wife dia pun, tak fikir perasaan suami ke?

    Hanif sendiri malas nak gatekeeping wife Farqis. Dia kenal Erzania personally sudah bertahun-tahun kerana selalu bekerjasama dalam project business.

    Farqis hanya sunyi sepi tanpa sebarang respon. Bunyi angin yang keluar dari aircond jelas kedengaran.

Rambut aku diserabutkan,

"She lied Nif. She takes the pregnancy pills." Aku mula bersuara secara tiba-tiba.

"What did you expect. She accepted you out of good intention, its normal if she's not ready to have child yet. She doesn't love you and kau sendiri masih sayangkan Yara." Ujar Hanif.

      Hanif bergerak ke sofa, kakinya banyak kali menyepak sampah-sarap ke tepi.

Aku termenung lama.

"I do love her." kataku dalam nada yang lemah.

"Betul ke kau sayang dia? Ke kau hanya cakap macam tu sebab dia ambil kisah pasal kau selama ni. Dia jaga kau elok-elok masa otak kau tengah gila asyik nak bunuh diri." Suara Hanif kedengaran agak bengang.

Crystal Scars ⓒWhere stories live. Discover now