✨Laughing together and honeymoon.✨
Chapter 27 : Sweetness
✨✨✨
"Sweetheart, i love you" Farqis memeluk aku dari belakang semasa aku sedang menghirup kopi menghadap kolam.
Aku melarikan kepala, rasa geli hati. Bibir digigit cuba menyembunyikan perasaan gembira.
"I already informed umi yang kita nak pergi honeymoon."
"Hmm." Aku membulatkan mataku semasa meneguk kopi.
Kepala dipusingkan ke arahnya dengan pantas. Farqis menghadiahkan ciuman di pipi kananku.
Aku tergelak kecil. Bahagian tepi kepalanya ditolak lembut.
"Kenapa perlu bagitahu umi dulu, are you a baby?" tanyaku.
Farqis melepaskan pelukan dan aku mula bergerak ke meja di tepi kolam, cawan berisi kopi diletak di atas meja. Aku duduk di 'kerusi malas' yang panjang.
"Yes, i'm your baby."
Ketawa dilepaskan dari mulutku. Aku menghadiahkan jelingan maut ke arahnya. Farqis hanya tersengih bangga.
Mamat ni punya 'sweet talk' tu, lama-lama boleh kena kencing manis aku. Aku still sayangkan kaki aku. Nasib baik dia suami aku, so aku sayang.
"Please laa Farqis. Why should we have a honeymoon? Kita bukan pengantin baru. Kita dah kahwin hampir setahun tau."
"Baru 7 bulan, not reaching one year anniversary lagi." Farqis menjuihkan bibirnya. Aku menggeleng kepala.
"Should i call you baby now? You always act like a baby. Look how you talk, macam baby yang baru boleh bercakap." aku menegurnya, reaksi wajah dipura-pura seperti sedang marah.
Farqis mengangguk laju beberapa kali. Senyuman lebarnya membuatkan aku cair. Mata bulatnya kelihatan sepet apabila dia tersengih. Like a sunshine.
"You should call me baby instead of 'FARQIS', 'Farqisss', 'Farqis'." selorohnya sambil mengeluarkan nada bunyi yang berbeza setiap kali dia menyebut namanya sendiri. Dia sengaja memerli gaya aku memanggil dia dalam nada berbeza.
Aku tergelak lagi. Bahunya ditolak sedikit kuat kali ini. Farqis suka memerli dan mengusik aku. Kadang-kadang dia selalu menyakitkan hati aku.
Farqis pernah cakap lukisan aku hodoh sebab dia melukis lagi handal daripada aku.
Well i'm an interior designer, almost everytime aku melukis dan mereka design secara digital sahaja.
Aku jarang melukis di atas kanvas. Aku juga tidak mempelajari teknik yang betul untuk melukis menggunakan kanvas, hanya melukis mengikut 'feel' yang sesuai.
Santorini Island, Greece
Kami berdua duduk di sofa menghadap suasana laut dari luar bilik Hotel Santorini. Mata tidak berkerlip menyaksikan sunset yang sedang melabuhkan tirai.
Pemandangan yang menakjubkan di hadapan mata memberikan ketenangan kepada kami sehingga kedua-duanya hanya senyap dibuai fikiran masing-masing.
"Its good that we have a chance to spend time together." bisik Farqis.
Aku berpaling ke arahnya, wajah kacak Farqis ditenung dengan penuh kagum. Aku bangga memiliki suami sepertinya.
YOU ARE READING
Crystal Scars ⓒ
RomanceFarqis Zarfan kehilangan isteri yang baru dinikahinya beberapa minggu. Kehadiran Erzania yang dulu adalah titik permulaan kisah cinta hidupnya mula mengubah segalanya. "You're pathetic!" -Erzania "Yes i am." -Farqis Zarfan "I'm...