√Ch 13 - Suffering

240 18 1
                                    


Life sometimes feel so bitter. Coffee will help but its better if we are tasteless. Heartless doesn't mean i do not care.


Chapter 13 : Suffering


✨✨✨


"Check the materials for Tengku Asnah's apartment." Arahku kepada Zariq.

"Fazi, you can visit the apartment later." Tambahku lagi.

"Okey Cik Erza." Reply Fazi.

    Hannah, Fazi dan Jojo mula mengemas barang mereka.

"That's for today meeting." Kataku.

    Aku menutup laptop dan mula berdiri. Sekarang sudah masuk waktu lunch. Bonda mahu aku pulang ke rumah untuk makan bersama-sama.

"Cik Erza. Tengku minta Cik Erza ke F&F petang ni." Pesan Fazi.

"Okey Fazi, i got it." Balasku.


Home,

     Aku keluar dari kereta dan terus memberi salam. Aku merentasi taman bunga bonda dan masuk melalui pintu belakang yang terbuka luas.

     Makanan yang sudah terhidang di atas meja makan di tepi air terjun dijeling sekilas.

"Nia pergi toilet kejap." Aku memberitahu ayah yang sedang menonton televisyen.

     Sesudah menggunakan tandas, aku terus ke dapur lalu membasuh tangan. Air susu kurma di dalam kotak dituang ke dalam gelas kaca.

"Hermm sedapnya bau." Tegurku semasa aku keluar dari rumah. Aku membawa gelas tadi bersama.

"Jemput duduk Nia." Ajak bonda.

"Udang masak merah, ayam kicap, daging salai and sambal belacan. Banyaknya laut, siapa nak habiskan ni?" Aku duduk di hadapan bonda.

"Nia lah habiskan." Bonda berkata sambil tersenyum.

"Tapi, Nia tak boleh makan udang."

Ayah tergelak kecil.

"Tukan favorite bonda. Dia masak untuk dia lah tu." Ayah setia menunggu bonda mencebok laut untuknya.

Aku mencemik kecil.

"Hmm patutlah." Balasku dalam nada mengusik.

"Jom makan." Ajak bonda. Ayah mengetuai bacaan doa.

     Kami menjamu selera tanpa suara. Setelah selesai, aku masuk bersama pinggan untuk ke dapur. Tangan dicuci dan aku keluar balik.

"Sedap, alhamdulillah. Jimat duit lunch harini." Gurau aku.

     Aku duduk kembali di meja dan mengambil buah blueberry lalu menyumbat ke dalam mulut.

Crystal Scars ⓒWhere stories live. Discover now