"Sayang. Sinilah." Bahagian tepinya yang kosong ditepuk, menyuruh Iman mengisinya. Iman yang baru sahaja meletakkan tudung sarung di penyangkut berpaling.
"Sabajap do. Nak basuh kaki lagi sekali. Awak basuh kaki ke tak?" Iman angkat kening. Haih dia ni, dengan baju lembap lagi, duduk atas katil dah.
"Tadi kan dah basuh kaki dekat luar. Banyak kali ke kena basuh kaki?"
"Ye, abah ajar. Basuh kaki dua kali. Dekat luar tu sekali, dekat dalam rumah sekali. Lepas tu lantaklah awak nak pergi kat mana pun dalam rumah ni."
"Okay, ikut." Aiman berdiri menghampiri Iman. Pinggang wanitanya itu dipegang. "Eei, malulah orang tengok."
"Eleh padahal suka."
"Suka memang suka, tapi malu juga sikit. Awak hutang dengan saya sepuluh minit pelukan." Menononglah mereka berdua berjalan ke arah dapur semula. Basuh kaki di dalam bilik air. Bilik air rumah keluarga Iman ni berasingan tempat mandi dan tempat membuang. Selesai menjirus air pada kedua-dua pasang kaki, dikesat sekejap bagi air yang berlebihan jatuh pada alas kaki.
"Ya Allah acik, ikatlah rambut kut kalau ya pun. Rambut macam kak ponti tahu." Yan menegur. Bila masa entahnya dia turun ke dapur untuk makan.
Scrunchie di tangan disuakan ke Aiman, menyuruh lelaki itu mengikat rambutnya. "Awak ikat tinggi sikit. Panas. Berpeluh dah ni."
"Abah, kakcik buli bangcik ni abah." Macam biasa, Irfanlah yang mengadu. Untuk kali keberapa entahnya adik Iman ini minum air.
"Fan, bawak jelah peti tu bawa masuk bilik. Penat aku tengok asyik ulang alik minum air. Kau kalah pubg en?"
"Bijak sia kau, cik. Ni ni. Ambik segelas air sejuk ni. Kongsi dengan bang Aiman. Hadiah dari aku. Selamat pengantin baru!" Dicium tangan Aiman selepas dia menyerahkan aku cawan berisi air sejuknya. Modal sangat! Taknak basuh cawan yang dia guna, dia bagi dekat aku. Macam biasa. Dah lali dah.
Yan hanya meletakkan tuala untuk menutupi rambutnya. Sedar, dia pun tak selesa sebab ada Aiman. "Kau makan kenyang kenyang okay Yan. Mat malam." Iman menarik tangan Aiman menjauhi dapur.
"Lepas ni, kena balik sekejap sekejap jelah kan. Kesian saya tengok Izyan. Dalam rumah pun kena pakai tudung sebab saya."
"Dia macam, ada betul ada tak. Dia tutup kepala sebab yelah, dia tak boleh tunjuk aurat dekat awak kan. Tapi nanti kalau nak balik sini lama, kita cari homestay lah. Depan rumah ni ada homestay."
Mungkin mereka berempat sahaja yang belum tidur. Umi dengan abah Iman sudah tidak kelihatan selepas insiden basuh belanga- itu pun sudah lepas Isyak. Sekarang, jam sudah menganjak ke angka 11.
Pintu bilik ditutup rapat. Taknak kunci, senang nak lari.
"So, nak saya set masa 10 minit ke ni?" Aiman mendepakan tangan ke arah Iman. Direhatkan kepala Iman sebaik sahaja wanitanya itu menerima pelukannya.
"Tiga minit je. Saya tak larat nak berdiri."
"Lagi tujuh minit?"
"Nanti nanti saya minta."
"Aiman, saya dah lama tau nak tanya. Saya suka sedut minyak wangi awak. Bau dia vibe orang kaya tau."
"Saya kan memang kaya...?"
"Susah juga kalau orang riak ni kan."
"Mana ada riak. Kan saya kerja macam Arman. Sama je dengan dia."
"Okaylah, kaya dari saya. Lepas ni kalau saya minta minyak wangi yang vibe orang kaya juga boleh tak? Nak pakai waktu tidur je. Supaya nyenyak tidur macam bayi."
"Okay tiga minit dah habis."
"Aaaaa. Nak peluk lagiii."
"Takde takde. Quota harini dah habis. Jom tidur. Saya penat harini. Sayang pun mesti penat kan. Tido jom. Okay?"
"Tapi nak peluk."
"Haa ye ye. Kita tidur sambil peluk."
"Btw sayang. Lupa nak puji. Awak cantik sangat pakai baju pengantin tu. Rasa jatuh cinta berkali bila tengok awak pagi tadi."
YOU ARE READING
:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)
Romansamanis bukan senyuman saya?