"Yang, you pernah tak macam terfikir. Tapiiii sebelum tu. Saya kena bagitahu dulu, ni soalan je. Sebab saya baca dekat twitter pasal benda ni. Lah, nak juga membahas dengan ayang kita." Aiman menongkat tangannya di bahu Iman. Ditepuk kecil lengan wanitanya itu.
"Ni soalan je tau."
"Ye bb. Apa tu? Nak cakap pasal apa?"
"Macam ni. Kan ada pasal jodoh kan. Like anon asked A person on her ask.fm about her confusing situation. Dia dah ada bf tapi dalam masa yang sama dia kenal dengan someone tapi tak bagitahu bf dia. Dia kata dia adalah doa masa pergi umrah haritu, tetiba someone ni yang datang dalam hidup dia. Pastu dia mintalah pendapat dengan A person ni pasal feeling dia. Okay, kalau you- you akan cakap apa?"
"So maknanya dia nak cakap yang bf dia sekarang ni bukan dia punya jodohlah? Macam tu ke?"
"Kinda. Macam dia pun tak yakin dengan bf dia. Gitulah lebih kurang maksud dia."
"Perghh. Kecil hati siot kalau i jadi bf dia. Tapi tulah. Mujur i perempuan. Tapi still, tak baiklah macam tu. Memang sedih gila lah kalau bf dia tahu pasala benda ni. Dia tak bagitahu kan bf dia?"
"Setakat apa yang bb baca, centu la."
"Comellah you panggil yourself as bb." Tangan Iman naik ke wajah Aiman untuk mencubut pipi suaminya.
"Fokus, yang."
"Kalau tanya pendapat i lah kan. I rasa tu dah jadi kes curang la sebab dia melayan lelaki asing tu. Macam-- kenapa couple kalau tahu you rasa tak yakin dengan dia? Pastu, bazirkan masa bf dia lah sebab habiskan masa dengan dia. Contohnya dah 4 tahun diorang together-- sedih siot. Memanglah jodoh tu dah tertulis, tapi boleh kut putus dulu dengan current bf baru kenal dengan orang lain. Ni apa yang saya rasa lah." Tangan Iman masih lagi merayap pada wajah Aiman semasa dia menerangkan jawapannya. Kejap disentuh hidung lelaki itu, kejap dipegang kening- kemudian beralih pula ke bahagian kumis yang tajam di antara hidung dan mulut lelakinya.
"And you, bb? Bb rasa macam mana?"
"Saya rasa macam tak logik juga dia buat macam tu kalau dia sayang bf dia yang sekarang. Macam awak cakap lah, yang. Tak yakin dengan bf dia sekarang. Kalau saya jadi dia lah kan. Saya doa depan kaabah tu 'Ya Allah, saya nak Iman Qaisara sorang je jadi isteri saya sampai bila bila. Jangan bagi yang lain. Saya nak dia je.' Barulah macam uwow saya yakin awak pilihan saya." Tangan Iman dimukanya ditarik, digenggam manja sambil mengusap belakang tapak tangan itu dengan ibu jarinya.
"Ye ye je ko ni, bb. Nyampah."
"Iya. Takkan tak caye?"
Kemudian, kedua duanya tergelak.
"Cuba bayang ek. Kalau kita sebenarnya tak ada jodoh pun. Kita bertahan sebab dua dua dah ditakdirkan untuk kenal- sekejap je Allah bagi pinjam rasa tu."
"Ini malas ni kalau tanya soalan susah susah. Dah mula dah soalan kbat dia."
"Saya pun, tanya je. Soalan kan. Kenalah ada jawapan."
"Bagi bb lah. Kalau kita ni memang tak ada jodoh, bb harap nanti Allah akan tarik rasa sayang tu daripada Iman dulu. Biar saya yang rasa seksa untuk tinggalkan awak daripada awak yang terseksa dengan perasaan tu nanti. I love you, fully. Lautan yang dalam tu pun tak cukup lah nak gambarkan sayang saya tu dekat awak." Dielus lembut bahagian ubun kepala isterinya.
"Tapi saya memang doa selalu tau kita ni dipanjangkan usia untuk saling mencintai semasa kita tau. Saya taknak orang ketiga. Saya tak suka. Sesibuk mana pun saya, awak je yang saya selalu semat dalam otak tau, yang. Saya taknak dengar jawapan awak sekarang. Nanti nanti okieee." Dicium pula dahi Iman, lama. Seperti waktu mula mula mereka berdua sah bergelar suami isteri.
YOU ARE READING
:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)
Romancemanis bukan senyuman saya?