"Assalamualaikum Aiman. Orait ke tu?"
"Waalaikumussalam. Baru ingat awak taknak call saya. Sebab dah lepas waktu tidur awak." Kedengaran sedikit ceria suara dihujung talian.
"Astu kenapa tak call dulu?"
"Sebab semalam saya dah call awak dulu. Ehe. Take turn lah sayang."
"Tell me your day, bb."
"I pergi site dengan Arman. Tengok tengok peta sikit, tengok anak buah, lepas tu lunch sorang je sebab Arman lunch dengan Nailea. Kemudian, sambung tulis report pasal site tadi tu. Dekat office. Tu jelah kut untuk harini. Oh, saya dah makan malam tadi. Kari sardin dengan telur dadar. Lepas tu sambal belacan awak buat haritu ada lagi. Terus rindu dekat tuan yang buat tu. Okay sayang pula. Tell me your day."
"Macam semalam. Tak de apa yang beza pun kecuali lunch dengan kak ummi je harini sebab Nailea kena culik dengan suami dia. Oh bb. Nanti hari jumaat, malam sabtu- awak ambik saya kan? Ingatkan saya bawa parcel lagiii. Saya beli baju lagi. Eheeee. Kalini konsep lain sikit dari haritu. Kalau boleh saya nak beli almari untuk saya satu."
"Baju lagi? Banyaknya duit dia. Ke guna duit saya?"
"Duit siapa entah kasi. Tetiba ada dalam bank. Saya gunalah beli baju hehe. Thankyou, Aiman. Saya rindu awak tapi skala dia sikit jelah. Mungkin Jumaat dia jadi maksimum kut."
"Saya pun ada order something juga. Nanti hari sabtu kita unboxing sama sama okay, sayang. Also, esok saya ada suprise."
"Suprise pe?"
"Tak jadi suprise lah nyah kalau bagitahu."
"Okay saya tunggu. Oh by the way lagi, saya baru siap kemas separuh barang letak dalam box."
"Oh kira jadi lah ni?"
"Ke tak nak? Saya boleh simpan semu-"
"Eh jangan tukar fikiran sayang. Jangannn. Nanti awak kemas slow slow okay? Malam Sabtu tu saya tidur sana. Kita kemas sama sama ya?"
"Okay boleh. Saya record call ni. Sajalah bagitahu kalau kalau orang tu tiba tiba tak free, boleh guna untuk ugut."
"Okay beres. Ugutlah. Tak kesah pun."
"Aiman, geli lah. Rasa macam remaja bercinta."
"Hahaha. Dahlah sayang. Saya dah rasa mengantuk ni. Jom tidur."
"Jangan tutup call. Saya tahu awak guna free call. Semalam pun awak tutup kan!"
"Eh kita pulak kena. Dia yang tutup."
"Bukan. Mana ada. Saya tak tutup pun. Tahu tahu call ended."
"Walaupun bukan salah saya, tapi mungkin salah saya lah kut kan. Saya minta maaf ya, Iman Qaisara. Jomlah sayang, tidur. Pukul berapa dah ni."
"Okay saya maafkan. Saya pun minta maaf, Aiman Adhwa. Maaf sebab mula gaduh cikit."
"Malam, sayang."
"Malam, bb."
"Bb?"
"..."
"Bacalah doa tidur dulu."
"Hm."
"Bapak hensem sia suara ngantuk. Pengsan."
"Hm."
"Aiman..."
"Tido Iman."
"Baik."

YOU ARE READING
:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)
Romancemanis bukan senyuman saya?