40

14 2 4
                                    

"Bb saya dah balik!!" Iman balik dengan tangan penuh. Dua bungkus cendol.

"Ada pulut sekali tak?" Tanya Aiman. Didepakan kedua dua tangannya, menjemput Iman untuk masuk ke dakapan.

Iman mengangguk sambil memberikan senyuman. Direhatkan wajahnya pada lekuk leher milik suaminya. Belakang badan Iman dielus lembut. Kepalanya juga diusap walaupun masih beralaskan tudung berwarna coklat lembut.

"So how's your catch up session with Quraini? Is everything went well?"

"Bb saya kurus sangat ke?" Mata Aiman dipandang.

"Saya tengok awak okay je? Sedap je nak peluk? Kenapa tu? Did she said something mean to you?"

"Takdelah. Tak mean sangat pun. Maybe i je kut cepat terasa. Biasalah hormone pms ni."

"Sayang, benda kalau memang awak rasa ayat tu jahat- sahlah ayat tu yang jahat. Mana boleh invalidate your feeling, yang. You layan je ke mulut puaka dia tadi?"

Iman mengangguk lemah. Dia keluar dari dakapan Aiman untuk menuju ke dapur sambil tangan Aiman masih bersangkut elok pada bahunya. "Layan jelah. Dah lama tak jumpa kan. Kang rosak pula mood dia. TAPI jom kita makan cendol dulu. Ni pun dah nak cair gila gila dah ni."

Mangkuk diambil sebagai alas untuk meletakkan bungkusan cendol. Alas je, jangan guna pula. Nanti satu hal pula nak membasuh.

"Kadang kan. Saya terfikir juga. Salah ke kalau metabolisme saya tinggi?. Is that my fault? Salah saya juga ke kalau saya punya aset tak membesar macam orang lain?" Iman penuhkan tempat duduk di sebelah Aiman. Sudu sudah dia ambil tadi, sekali dengan mangkuk. Aiman membuka ikatan tali rafia pada plastik cendol milik mereka berdua. Disudukan sedikit kuantiti cendol masuk ke mulut.

"Pergh gila bapakla dia torture macam tu je ek. Sayang, bukan macam tu tau. Ayat dia tu pun buat saya panas hati. Yang, minum dulu cendol tu yang. Sejukkan hati. Wahhh, ini cendol satu pun tak boleh padam api marah ni." Aiman berura-ura mahu bangun. Tangan sudah dikepal memegang sisi meja.

Tangan Aiman, Iman pegang kejap. Konon betullah lelakinya itu.

"Hahaha poyo gila. Duduk jelah awak tu. Takpelah, dia cakap je. Modal borak. Lama kan tak jumpa." Akhir ayat itu, Iman mengeluh. Sesudu cendol dimasukkan ke dalam mulut. Perlahan aja pergerakannya untuk menyuap ke dalam mulut.

"Okay so, hmm. Should i bake you something? Ke you nak dengar lagu? Kita memekik sama sama."

"Nak hug."

"I tahan je tau air mata ni tadi." Wajah Iman sudah berubah sedih. Hujung bibirnya turun ke bawah, tiada lagi senyuman megah.

"Aaa sedih dah sayang saya ni." Aiman tarik kerusi Iman dekat dengannya. Kemudian, dia kebelakangkan sedikit kerusinya untuk mengangkat Iman duduk di atas ribanya. Digosok belakang badan wanitanya itu, sebagai isyarat membenarkan wanitanya itu menangis semahunya.

Bahu Aiman dijadikan kain lap untuk matanya hari ini. Sudahlah lelaki itu mengenakan pakaian tanpa lengan, ditambah lagi dengan air mata Iman. Makin tiada tempat yang keringlah untuk Iman kesatkan air mata.

"Nangis aja, sayang. Saya ada ni. Awak selamat dekat sini. Dengan saya. Dalam pelukan saya." Badan Iman ditepuk perlahan. Seperti memujuk bayi kecil menangis. Begitulah yang dirasakan oleh Aiman.

"Mujurlah dia tak sebut pasal anak tadi. Kalau tak, saya memang pecah dekat situ juga dah."

"Soal anak, bukan rezeki lagi lah tu sayang. Kita pun kan memang merancang. Awak pun sibuk dengan pembukaan studio awak. Taknakla nanti awak overwork ke apa. Saya sayang awak, Iman Qaisara. Sayang sangat sangat."

"Jangan tinggalkan saya tau, Aiman. Janji."

"Janji, sayang. I wont never leave you behind. Never."

:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)Where stories live. Discover now