"Eh, kata saya tidur sana hari sabtu ni. Ni, kenapa awak datang sini pula? Baru rabu tau Aiman." Lilitan tuala yang menutupi rambut Iman dipegang kemas dibawah dagu. Terkejutlah sedikit Iman melihat Aiman berdiri di hadapan pagar rumahnya dengan satu beg kecil- mungkin diisi dengan baju lelaki itu.
"Bagilah saya masuk dulu, sayang." Ujarnya meleret, tidak juga menguatkan nada suaranya untuk didengari orang lain.
"Alololo ciannya bb kita penat. Awak mandi dah ke ni? Kalau belum mandi, taknak peluk."
"Belum." Lemah sahaja bunyinya. Iman pula yang kesian melihat suaminya itu.
"Buka jelah gate tu. Nanti kunci balik. Sebab awak last masuk. Okay bb?"
"Hmm." Ikutkan sahaja permaisuri hatinya. Jujur, Aiman teruja melihat Iman tetapi harini tak sangka pula dia sepenat ini selepas keluar dari lawatan tapak di Kembangan.
Iman memimpin sahaja suaminya, risau juga jika Aiman terjatuh. Bukan main lagi dia punya lemah ni.
"Awak demam ni, sayang." Dahi Aiman disentuh. "Serius nyah, panas betul badan. Leher ni bapakla bahangnya. Sikit lagi nak terbakar tangan saya."
"Jaranglah takde metafora dalam ayat awak ni."
"Kan?"
"Mandilah dulu, Aiman. Ke nak saya tolong? Saya okay je."
"Takyahlah dekat sangat. Jangkit nanti."
"Pesusah, bb. Sama sama mc lah esok. Saya jaga awak, awak jaga saya. Kan comel tu? Cuddle je sepanjang hari." Dahi Iman ditepuk perlahan.
"Menggatal je kerja dia ni."
"Cant help. Fasa subur memang buat saya jadi macam ni. Tunggulah saya pms nanti. muka awak pun saya penat tengok. Get ready okie."
"Oh btw Aiman. Awak mandilah dulu. Saya nak buat salad. Awak nak apa apa tak? Susu suam? Iced chocolate?"
"Susu suam. Lepas tu nak request satu lagi. Boleh?"
"Apatu?"
"Saya nak tuntut 7 minit pelukan saya. Kita demam sama sama."
"Haah, pastu dua dua tepek coolfever. Best juga tu. Okay nanti kita try. Gi lah mandi dulu."
YOU ARE READING
:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)
Romancemanis bukan senyuman saya?