1

106 11 5
                                    

Hirupan ketiga untuk pagi ini. Aku menjamah satu mangkuk sup cendawan yang dijadikan pencicah kepada roti bakar bersama dengan sapuan jem bawang putih dan mentega.

Ah, tenang betul pagi ini ya. Selesai subuh, terus sahaja masukkan dua keping roti ke dalam pembakarnya. Kemudian, gigih fikir mahu sarungkan baju warna apa hari ini. Nak dipadankan pula dengan tudung yang mana satu-- mahu rona kontra atau cuma senada-- whew!

Secawan teh sudah diteguk habis. Sisa makanan dan pinggan yang telah digunakan diangkat dengan berhati-hati dari meja ke bahagian sinki. Masih awal lagi kalau nak pergi sekarang pun. Jarak tak jauh mana.

Deringan telefon mencuri perhatianku. Dikerling seketika nama yang tertera pada skrin menyala. 'Nailea'.

"Ya nak apa ni call pagi pagi."

"Jaket aku. Tolong bawakan eh. Dalam kereta kau. Hehehe. Lupa semalam turun tak ambil."

"Hmm."

"Jumpa dekat tempat kerja okie bb. Bye."

Diam sekejap sebelum satu panggilan lain pula menyapa. Panggilan asing. Tiada dalam rekod.

"Hello."

"Hello ni Iman ke? Iman Qaisara?" Suara lelaki.

"Ya saya. Kenapa tu ya?" Nak kata berdebar tu, tak adalah rasa sampai jantung mahu terkeluar. Cuma pelik sikit. Mana tahu kena scam ke kan. Dah guna truecaller app pun nama tak naik ni, pelik juga.

"Oh. Okay. Bye."

Ditutup begitu sahaja panggilannya. Kalau ya pun, tukarlah nama dengan saya dulu ke-- macam 'oh hi iman, saya bla bla bla. Selamat berkenalan. Saya agent cuckoo.' Ni tak. Terus tutup.

Okay sekarang apa? Boleh bersiap dah ke ni?

______

"Iman bb! Aaaa terima kasih bawakan jaket saya. Nanti aku belanja makan tengah hari, jangan kata puasa pula!" Nailea memeluk pinggangku dari sisi sambil tangannya mengambil jaket kerja.

Untuk keselamatan dan keseragaman katanya-- padahal kami ini menjawat jawatan kerani.  Tak tahulah celah mana yang bahayanya.

"Baru plan nak kata puasa, kantoi pula." Aku lepaskan senyuman dan menolak perlahan badan Nailea menjauhiku. " Jadilah normal sikit Nai. Dah jadi isteri orang pun sibuk nak peluk peluk."

"Love language aku physical touch. Kau apa tahu." Selesai memakai jaket dengan kemas, Nailea berjalan ke arah tempat duduknya. Cuma beberapa meja selangnya.

Umur kami sama, 27 tahun. Cuma Nailea jodohnya datang awal dariku. Tak tahulah kenapa lambat sangat datangnya. Berliku mungkin jalan yang dilaluinya. Oh, lupa. Nailea baru setahun berkahwin. Suaminya baik, Arman-- kawan baikku ketika di Universiti Putra dahulu. Kelakar betul bila ingat cara Arman mengayat Nai. Adalah tiga kali ditolak, kali keempat Arman terus hantar rombongan meminang.

Penat katanya. Tiga kali ditolak bila diajak menjalinkan hubungan, terus gelabah member fikir cara nak buat Nailea Herman ni berhenti menolak wajah kacaknya.

Alhamdulillah, selamat majlisnya tahun lepas. Arman gigih orangnya. Sambil mengayat, sambil dia kumpul duit. Yelah, dia memang ada target tetap mahu kemana hubungannya dengan Nailea.

"Nohhh, mengelamun pulak dah hang ni Iman." Kak Ummi menepuk bahu aku. Mejanya di sebelahku.

"Ye kak Ummi. Kenapa tu? Ada apa apa saya boleh bantu?"

"Hang tolong sat key in hat ni dengan hat ni. Kak lupa dah gena nak guna system ni. Haritu ingat dah hang ajaq, dia mai lupa sekali. Dak ingat dah." Berapa kertas yang dikepilkan dibawa ke atas mejaku. Data berbentuk jadual yang dicetak di atas kertas dilihat dengan sekali imbas. Adalah juga beberapa contengan dan catatan ditulis oleh Kak Ummi, tanda dia sudah menyemak kertas tersebut.

"Aaa, yang ni. Okay. Iman guna akak punya pc kejap okay. Siap yang ni, kita tukar tempat balik."

"Haa boleh. Mana hang punya part, meh akak tolong."

:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)Where stories live. Discover now