Oh, the same number called me.
"Hello?"
"Iman Qaisara, right? Saya Aiman Adhwa, kawan Arman. He said you need company-- saya dah sampai dekat parking lot. Naik kereta sekali atau asing eh? Arman didn't give much details."
"Saya ada je dekat kereta saya ni. Number plate, CBN 5548. Axia. Saya rasa saya bawa kereta saya, awak bawa kereta awak. Boleh balik terus selepas awak teman saya tu, kan?" And safer... Mak saya tak bagi naik kereta dengan orang asing, melainkan naik grab.
Okay tak, tipu je. Mesti janggal teruk kalau naik kereta berdua je.
Kejap, Aiman kan? Macam pernah kenal nama ni. Ke orang lain?
"Okay send me exact location, place you want to go to. Atau awak nak lead the way?"
"Eh takpe takpe. Saya send location je. Awak lah yang lead the way. Kang salah jalan, lah mampus pula saya nanti hehe."
"Alright. So nak still on call or nak letak?" Soalannya buat aku berkedip beberapa kali. Bagus betul ya dia ni. Takde kona kona. "Saya okay je if Iman nak letak. Just want to make sure you feel my companion."
"You tak terasa kan if i cakap i nak suruh you letak? I risau i berdebar je." I can hear his soft chuckles... Ehe he he, dah boleh berdebar betul betul ke ni?
"It's okay, Iman. Just send me location to take you dinner. Drive safe."
"You t-- anjing dah tutup." Aku tarik semula rasa berdebar ni kalau boleh. Apa ni!!! Suka hati je off sebelum orang cakap habis.
Simpan dahulu nombor Aiman, aku setkan namanya kepada Aiman Arman. Kemudian, aku hantar lokasi kedai makan yang akan kuisi perutku sehingga penuh.
📌Sate Kajang
Lama betul ya tak makan sate. Kena pulak dengan kuah kacang pekat tu, ya Allah nikmat betul ya.
Aiman Arman
Let's go, milady.
___________
Sampai sahaja di hadapan kedai Sate Kajang, Aiman memanggil di ganggang.
"Ye Aiman, kejap. Saya baru sampai. Awak dah dalam kedai ke?"
"Tak. Saya dekat pintu masuk restoran ni. I pilih yang tak tengah mana dia punya kedudukan meja tu. You okay with it?"
Enjin dimatikan dan tas tangan dicapai. Kasut juga ditukar kepada flat bertutup, arif sangat dengan keadaan hadapan kedai tersebut. Kalau lenjan pakai kasut tumit tinggi, tak sempat mat nak makan sate aku.
"What's your shirt colour?"
"Army green."
"Tall?"
"176."
"Okay found you." Terus aku tutup tanpa dengar penerangan dia yang selebihnya. Payback. Ingat dia je boleh? Iman pun bolehlah!
Lelaki yang baru sahaja meletakkan telefon miliknya di atas meja, aku tujui. Sempat juga aku menilik rambutnya. Seperti baru sahaja dipotong beberapa hari lalu.
"Aiman. Sorry awak pula yang menunggu. Awak tak order lagi kan?"
Dia menggeleng suci. "I'm here as your dinner partner. Yet, I don't know what you want to eat-- specifically."
Buku menu sudah ada di hadapan kami. Macam biasa, aku cuma order sate ayam 20 cucuk dengan air horlick suam. Untuk Aiman pula-- aku mendongak ke arah wajahnya. Lahhh bila masa pula ni dia pandang aku? Kan dah dua dua terkejut.
"Makan apa, Aiman?"
"Sate daging, same quantity and sky juice." Kerekkkkk.
"Sugar cut ke?" Aku senyum mengejek.
"Tak, nanti mengantuk memandu." Yeah, act like you choose a whiskey.
Aku angkat tangan dan membaca pesanan makanan kami berdua sambil dicatat oleh pelayan. "Ada kek coklat kukus tak?" Aiman tanya pelayan.
"Ada bang. Dua bekas lagi tinggal. Stock baru tak masuk lagi."
"Okay save it for me. Nanti dah habis makan, saya ambil dekat kaunter." Di akhir kata itu, dia menghiaskan senyuman.
"Okay tu je eh?" Kami berdua mengangguk. Pelayan tersebut beredar dari meja kami dan meletakkan pesanan di atas kaunter.
"Saya rasa saya pernah nampak muka awak ni." Aku memandang Aiman yang sedang menyandar belakang badannya pada kerusi.
"Sebab saya kawan Arman?"
"No, I mean... yes but no. Ya, awak kawan Arman. Tapi saya rasa saya pernah nampak awak kut sebelum ni. Kita sama universiti ke dulu?"
Aiman mengangguk. "Saya Fakulti Bahasa. Awak dengan Arman Fakulti Sains kan? Mungkin awak pernah tengok saya dengan Arman lepak sama sama kut."
"Make sense." Aku terangguk-angguk mengiyakan. "Awak pernah call saya ke sebelum ni?"
Kalini, dia pula mengangguk. " Just want to make sure that's you."
"By mean?"
"Entah. Tapi memang nak pastikan thats you?"
"Seram sikitlah ya sebab saya tak suka someone else yang saya tak kenal-- ada nombor saya. Rasa macam someone has intrude my place."
"I'm sorry. It doesn't happen again."
A little chit chat and the food served. Lepas tu, dua dua diam: makan dengan khusyuk. Sebelum balik, Aiman bagi satu bekas kecik kek coklat kepadaku dan satu lagi untuknya.
"Thankyou for today. We should split the bills, to be honest. Saya rasa terhutang budi."
"We should see each other again, if you pleased to see me around you." Dia hadiahkan senyuman sambil sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket.
"Jomlah saya hantar ke kereta." Baru sahaja Aiman mahu melangkah satu tapak, aku menghalangnya. " Ehhh takpe. We separate here. Fair for us. Kalau awak hantar saya pergi kereta, then who will hantar you to your car?"
"Iman, your safety lagi penting dari fikir pasal saya. Marah Arman nanti saya tak jaga his bestfriend elok elok."
"Okay. Baiklah." Akur, aku berjalan bergandingan dengannya menuju ke keretaku.
"Text me when you home."
"Bawa kereta elok elok Aiman. Thanks again."
YOU ARE READING
:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)
Romancemanis bukan senyuman saya?