38

20 2 0
                                    

"Sayang?"

"Emm. Ohok ghighi."

"Baju saya yang warna kelabu tu mana eh? Tshirt lengan pendek."

"Heh? Hekhad ghantung hakde ke?"

"Takde. Cari dah tadi. Datanglah sini kejap awaknya. Lama dah awak gosok ghighi tu. Takpun buat je dulu paste tu dalam singki. Nanti sambung balik "

Iman membuang ludah ke dalam sinki. Tak menyempat betul lelakinya itu untuk menunggu. Macamlah jauh sangat tandas dengan bilik mereka itu. Macamlah beberapa minit lamanya nak kena cari baju milik Aiman Adhwa🙄.

"Weh..."

"Weh Aiman, sumpahla..."

"Aaaaa bb awak dapat mana benda ni. Lama gila kut saya cari. Asyik habis je kalau order online."

Terletak elok tiga bekas cashew apollo diatas katil bersebelahan dengan Aiman. Iman sudah bergenang air mata kerana suka.

"Suka tak?"

"Gila tak suka?!"

"Bb lama gila kut saya cari. Dari bulan 7 haritu lagi. Dahlah susah nak dapat. Shopee saya try cari-- seller contact semula kata apollo out of stock. Ni awak dapat mana?"

"Ada ejen dia dekat sini. Saya tengok phone awaklah. Dalam group taman tu. Saya ada tanya dalam tu. Then, diorang suruh pm this one seller. Pastu saya pun beli. Lepas tu, itulah ceritanya. Sampailah ada orang tu umpan suruh cari baju pun tak nak. Mujur awak gosok gigi separuh jalan je tau. Kalau tak, rugi je ubat gigi sebab awak nak makan benda manis."

"Thankyou sayang saya."

"Sama sama. Upah?"

"Nak hug ke hug?"

"Lah. Dua dua benda sama. Mana boleh buat keputusan macam tu."

"Awak lama sangat fikir. Saya buat jelah dua benda sama. Still need to choose meh."

Iman membuka penutup bekas apollo berbentuk kacang gajus dan ambil satu untuk disuakan ke dalam mulut.

"Tapi yayang dah gosok gigi." Mencebik.

"Gosoklah gigi lagi sekali nanti. Saya teman."

"Macamlah kita ni tak berani."

"Awak nak tak ni?"

Aiman mengangguk. Mulut dibuka untuk Iman menyuapkannya. "Ha eloklah tu kita makan atas katil. Kena gigit semut nanti baru ada akai."

"Marah aja terus. Okay sayang. Jom makan sambil tengok movie! Saya minta maaf sebab lately ni balik lambat. Maafkan saya ya?"

"Noted."

"Lah dia notedkan kita pula. Dah, jom. Pegang kemas kemas bekas tu." Sengaja mahu mengusik wanitanya itu, Aiman mengangkat Iman dengan meletakkan separuh badan Iman di atas bahu lelaki itu.

"Saya muntah nanti, awak yang lap okay bb! Mark my words!"

:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)Where stories live. Discover now