"Aiman, awak handle marah macam mana?"
"Tulis atas kertas, lepas tu renyukkan kertas tu. Takpun koyakkan kertas tu. Awak?"
"Menangis. Atau method sama macam awak. Kadang kadang saya melukis, doodling on paper. Space out, diam lama--sampai saya rasa saya okay semula."
"Tapi kalau awak marah saya, awak pukul saya tak?"
"Saya doa saya boleh tahan marah saya, tak naik tangan to anyone. And maybe isolate myself."
"Tapi awak kan shot temper. Tak rasa nak pukul orang juga?"
"Selagi saya boleh kawal, saya cuba untuk kawal."
"Kalau ikut perasaan kan kita tak boleh nak kawal? Macam mana tu?"
"Saya harap sangat awak jauh dari saya kalau tengok saya genggam tangan waktu marah."
"Okay lagi satu soalan. Kalau anak kita tantrum, awak marah dia tak? Contohlah kita ada anak istimewa, selalu sangat tantrum--awak akan pukul dia ke?"
"Contohlah awak balik kerja, penat badan ni. Tiba tiba saya kata, 'Bb, jaga Auliya kejap.' Nangis nangis dah membe nak peluk ayah dia. Mood nak peluk awak je tapi taknak duduk. Awak kena berdiri. So, awak nak layankan juga ke budak tu atau awak biar je?"
"Yang, susah nak cakap kalau benda tak jadi lagi."
"Jadi, kita kena join parenting class lah. For special baby. Diorang tantrum kerap. Lepas tu kalau pakej sekali dengan autism, diora g ada meltdown phase pula tu. Ya Allah, saya harap sangat kalau kita ada anak syurga ni nanti, kita jaga elok elok."
"Okay, nanti kita join parenting class tu. Saya faham kenapa awak taknak anak lagi tapi kalau kita dah tua, anak kecik lagi. Mungkin baru sekolah rendah."
"Awak pilih. Nak kita cope trauma kita dulu atau nak anak dulu?"
"Buat dua dua tak boleh ke yang? Daftar terapi dan dalam masa yang sama, usaha."
"Hmm. Bunyi menarik. Nanti lagi dua bulan saya bagi jawapan."
YOU ARE READING
:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)
Romancemanis bukan senyuman saya?