"Pastu nak kena pisah sekejaplah ni? Alaaaaa." Aiman merengek. Diperhati sahaja Iman yang melipat kain baju mereka.
"Aiman, tak jauh pun rumah kita. Awak boleh je nak datang kalau awak rasa nak tidur sana semalaman. Tapi make sure lah bawa baju awak. Saya tak ada baju lelaki. Baju saya yang besar besar pun takdelah sampai tahap selesa untuk awak pakai kut."
"Habistu nak peluk siapa tidur nanti?"
"Aik, sebelum kahwin elok je peluk bantal?"
"Sayanggggg."
"Ya, Aiman. Takpe. Awak pun reti je memasak, boleh je buat kerja rumah. Semalam kan awak juga yang beri kebenaran? Ke nak kena ingatkan?" Beberapa helai lagi pakaian untuk dilipat. Iman pun telah siap memakai baju untuk dia pulang ke rumahnya. Diangkat baju milik Aiman dan kepunyaannya-- diberi kepada Aiman, si tukang susun baju.
"Tapi kalau rindu?" Dia menanya dari dalam bilik. Menonong aja jalannya untuk duduk di sebelah Iman. Sengaja lah tu nak nampak lemah. Iman pula mengusap belakang kepala suaminya.
"Saya pun rindu juga nanti."
"Duduk jelah dengan saya. Rumah tu kita buat sewa. Garaj saya takat dua buah kereta nak letak, muat je. Hm, please baby?" Aiman meletakkan kepala pada bahu isterinya. Tangannya pula memeluk pinggang wanitanya itu. Sebelah kaki pun dah menindih kedua-dua kaki Iman yang melunjur.
Iman buat buat berfikir. Macam best pula seksa Aiman begini.
"Tapi kalau nak angkut barang saya, barang saya sumpah banyak tau. Baju lagi, barang lukis lagi, stok makanan lagi, buku-- banyaklah cerita dia. Nak kemas tu memang tak laratlah nak buat seminggu dua. Nak kena repair dulu apa yang patut."
"Kenapalah cuti sikit." Gumam Aiman perlahan.
"Kan? Kenapalah cuti sikit."
"By the way, Aiman. Saya macam wow sikit sebab sebelum ni kenal awak cool je. Rupanya, lah. Kena scam. Clingy betul. Tapi suka je kena scam macam ni. Rasa disayangi, diperlukan. Hehehe."
"Baik mengaku. Awak jampi apa apa ke dekat saya? Saya pun confuse kenapa saya macam ni dengan awak."
"Haah. Jampi sikit sikit. Masa buat air tu, duk doa 'Ya Allah, murahkanlah rezeki suamiku. Lapangkan dadanya, lembutkan hatinya.' lepas tu tiup sikit. Tu yang meleyot macam ni." Aiman mengecilkan matanya. "Eleh, macam kucing je awak ni tau kalau buat macam tu. Kucing ngantuk."
"Siapa entah main rambut kita."
"Bb love language awak physical touch?" Aiman mengangguk. "Saya ingatkan awak act of service tau. Sebab masa kawan dulu, ya Allah bapaklah gentle. Sekarang pun gentle lagi. Moga kekal ya sampai akhir hayat ya, Aiman bb."
"Awak, quality time. Kalau boleh me-time awak tu pun, nak ajak saya masuk sekali walaupun nak diam je. Lepas tu hobi kalau tak lukis, baca buku. Tak baca buku, hias toploader."
"Biarlaaaaa. Tu kan terapi saya. Saya suka bila awak pun duduk sekali dengan saya. Faham fasa senyap saya-- OHHHHH saya baru teringat. Awak sebenarnya pernah jumpa saya kan dulu? Dekat kolam ikan uni kita? Saya tengah bagi makan ikan. Lepas tu tiba tiba awak tegur. Sorry, saya memang sumpah waktu tu tak ada mood. Tengah gaduh dengan boyfriend dulu. Tak sangka pula tetiba lah, dah jadi suami ya stranger tasik ni."
"Stranger tasik awak panggil?"
"Yelah. Stranger tasik. Dahlah tak bagitahu nama. Lepas tu pura pura peramah."
"Tahu tak saya berdebar gila nak tegur awak masa tu?"
"Omo omo. Goodboy nya sebab ikut kata hati awak. Ehe. Ni sayang lebih Aiman Adhwa ni. Eeeii sukalah."
"Kita kemain berdebar nak tegur dia sebab selalu nampak dengan Arman je. Arman pun tak nak dah tolong kawan dia ni ha. Kasi nota minda sikit sikit pun takpe dah. Ni tak, kosong punya pertolongan. Haa, sayang. Lepas tu apa jadi dengan boyfriend dulu tu?"
"Lah, gosip. Jadi apa? Jadi putuslah ikatan tak sah tu. Gitu. Dia pun bukannya sayang saya sangat. Itu jelah yang saya ingat."
"Tak pe, yang. Abang Aiman datang menyelamatkan sayang!"
"Siapa pulaklah adik dia ni? Kita ni isteri dia."
"Bagilah saya feeling kejap kena panggil abang."
"Baik, abang."
"Lain ek feeling dia."
"Takde ulangan."
Seperti yang dirancang, Iman balik juga rumahnya untuk bekerja esok hari. Dihantar oleh Aiman, pastinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/215859680-288-k870659.jpg)
YOU ARE READING
:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)
Storie d'amoremanis bukan senyuman saya?