"Aaaaaaaa dah boleh hold handsssssssssss." Tangan Aiman dipegang kemas. Walaupun hatinya berdebar, gigih jugalah Iman tenangkan hatinya. Dah halal. Tak pe, dah halal.
"Lah, tak menyempat acik ni. Tak lari pun lah abang Aiman tu." Irfan mengusik. Tahu sangat kakaknya itu pantang diusik- mesti ditarik bahagian rambut tepi telinga miliknya.
"Dengki. Tengoklah ni, Fan. Aku ada bantal peluk malam ni." Disuakan tangan kiri Aiman dan tangan kanan miliknya ke arah Irfan. Aiman disebelah ikut mengejek. "Irfan single lagi ke?"
"Ye, sebab tu jeles tengok kita macam ni."
"Tak kuasa aku nak jeles. Eh cik, kau ingat kau boleh tidur lena ke? Periuk belanga belakang tu banyak. Memang malam ni tugas pengantin lah kena uruskan segala yang besar tu. Buuu padan muka." Irfan menunjukkan ibu jarinya kebawah. Arif dengan tingkah kakciknya yang akan menarik rambutnya, berdesup sahaja dia lari tinggalkan Aiman dan Iman dari meja menyambut tetamu.
"Awak tunggu lah dekat sini. Saya tengok lauk mana yang tak ada, boleh tolong tambahkan."
"Baju awak putih, Aiman. Kotorlah kena minyak kuah nanti."
"Benda boleh basuh."
"Yang basuh tu nanti saya, Aiman." Tautan tangan dilepaskan oleh Aiman. Dia berikan senyuman dan satu kenyitan mata kepada Iman sebelum dia bergerak ke arah meja lauk.
Iman memerhati sekeliling. Goodies yang mengandungi jajan dan bahulu mekar diambil dan diberikan kepada anak kecil yang berjalan melintasinya. Bukan anak kecil saja yang dapat, semualah senang cerita. Asal lalu, dia bagi. Sampaikan uminya yang menegurnya suruh berhenti.
"Dah kenapa Iman pula yang jaga dekat sini? Yan mana?" Yan adik bongsunya. Bawah daripada Irfan.
"Orang pun tak jumpa Yan pergi mana. Tu yang orang duduk sini. Mi, ramainya datang. Suka."
"Yelah, kawan acik saja dah berapa dah jemput. Tak campur kawan abah lagi. Ni, Aiman mana?"
"Dia kata nak angkut lauk."
"Ya Allah. Yang kakcik tak larang dia tu kenapa? Dia tu raja sehari. Duduklah sini dulu. Ramai lagi ni orang nak tengok engko berdua. Kotor baju tu nanti, satu hal pula. Dah cacat gambar."
"Orang cakap dah dekat dia tadi." Iman mencebik. Hari orang pun, kena bebel ke?
"Maaf umi. Aiman tolong tolong je. Rasa tak senang tengok orang lain buat, saya duduk saja saja." Bahu Iman dipeluk, memujuk isterinya yang mungkin akan merajuk dengannya pula selepas ini.
"Takpe Aiman, cukup je orang nak tolong tolong ni. Dah, duduklah atas pelamin tu dulu. Mana tahu ada yang bergambar ke."
"Baik mi." Jawab mereka serentak.
YOU ARE READING
:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)
Romancemanis bukan senyuman saya?