41

11 2 0
                                    

"Yang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Yang." Panggil Aiman Adhwa sambil menghalakan kamera digital miliknya ke arah isterinya yang sedang memasak: memotong bahan bahan di atas papan pemotong.

"Saya tengah buruk ni, bb. Selekeh." Iman cuba mengemaskan rambut yang berjuntai menutupi separuh mukanya dengan belakang tangan.

Klik! Aiman menjauhkan matanya daripada pemidang tilik dan memerhati imej yabg dipaparkan pada skrin di bawah pemidang tilik itu. "Cantiknya. Tengok ni, yang." Sengaja dia letakkan kamera itu dihadapan Iman dan dirinya supaya dia juga boleh memeluk Iman dalam masa yang sama. Licik benar.

"Eeii burukla, Aiman."

"Awak kata saya buruk ke?" Dagunya direhatkan pada bahu Iman. "Dengar ayat saya elok elok, Aiman Adhwa. Saya cakap saya yang buruk la. Awak hensem kut."  Iman masih menggerakkan tangannya memotong lobak merah menjadi bentuk jejari. Cadangnya untuk makan sup sahaja hari ini. Malas untuk fikir menu lain. Tambahan pula badannya sejak dua menjak ini begitu senang penat, mengah.

Kamera itu diletakkan di bahagian table top. Belum mahu lagi Aiman melepaskan pelukannya daripada si isteri.

"Awak cakap kut, yang? Awak cakap saya hensem kut??"

"Abang, awak bosan ke?" Tangan wanita itu berhenti memotong seketika. Menunggu balasan daripada Aiman.

"Nope. Tak bosan pun. Lapar sikit je."

"Okay, so you better duduk dulu sebab i rasa macam hilang sabar sikit nak layan perangai you sekarang." Tutur Iman sambil tangannya mula memotong bahagian dada ayam menjadi potongan dadu.

Aiman telan air liurnya sedikit payah. Gerun juga apabila wanitanya itu mula memberi amaran. "Okay." Dicium pipi isterinya sebelum berpisah menjauhi Iman. Lelaki malang itu kemudiannya membawa diri untuk duduk di meja makan bersama sama kameranya. Mahu melihat gambar gambar yang tidak pernah dia buang sepanjang Iman mengisi 3/4 bahagian hidupnya.

Sejak dari dia berkawan dengan Iman, sehinggalah mereka disatukan-- senyuman wanitanya itu tidak pernah memudar dari wajahnya. Manis sekali. Jika tidak senyum atau ketika Iman  menunjukkan riak kosong, wajahnya begitu tegang. Kening itu seperti begitu marah pada dunia. Dengan pandangan mata yang kosong itu-- mahu sahaja dia memeluk isterinya dan menyatakan perkataan perkataan yang dia rasakan sesuai untuk isterinya.

Mahu sekali dia minta maaf dengan isterinya itu kerana selalu merosakkan mood Iman Qaisara. Mungkin gurauannya tidak sesuai? Atau dia terlalu mengikutkan kehendaknya dan tidak membaca suasana hati isterinya?

"Termenung apa tu?" Iman memeluk leher suaminya daripada belakang. Perasan dengan tingkah laku suaminya yang terasa hati dengannya tadi. Walaupun Aiman mencium pipinya, namun dia tahu lelakinya itu memang terusik sedikit emosinya kerana kebiasaannya setelah mencium pipinya, Aiman akan mencuit hidungnya. Ditunggu juga perbuatan itu tapi kehangatan tubuh tadi hilang membawa diri ke meja makan.

"Saya tengok gambar awak. Yang senyum cantik tu."

Itu sahaja jawapan suaminya. Boleh kira ya berapa patah sahaja lelaki itu bercakap.

"Saya minta maaf tinggikan suara dekat awak bb." Dicium pipi kiri suaminya. "Eiii rasa nak gigitlah pipi ni."

"Tahu lapar, yang. Sabarjap okep." Ditarik tangan Iman supaya tangan itu tidak lagi berada pada bahunya secara kedudukan dari belakang lagi dan badan Iman berada di sebelah kerusinya.

" Sini." Ditolak kebelakang sedikit kerusi yang didudukinya tadi. Pinggang Iman dipegang, dipaksa secara lembut untuk duduk di atas ribanya.

"Kerusi punyalah banyak, nak juga duduk atas dia."

"Kerusi kita ada empat je, yang."

"Lebih dari satu tapi."

"Nohh, siapa ajar awak letak tapi dekat belakang ni?"

"Arman dengan Nailea. Tapi Nailea lah selalunya letak tapi dekat belakang dalam ayat dia."

"Lama kan kita tak ada masa berdua?" Tanya Aiman, memandang iris mata Iman tenang. "Maksud?"

"I mean macam kita lepak dekat luar, macam mula mula kahwin dulu. Saya busy sangat ke, yang?"

"Haah. Memang busy gila." Iman membuat gaya meluat. Malas sebenarnya mahu melayan gedik suaminya ini.

"Iman, saya tak main main ni. Awak kena jawab betul betul. Saya dah tak ada masa untuk awak ke?" Tangan kanan Aiman naik ke ubun ubun Iman, membetulkan rambut yang tidak disisipkan di belakang telinga Iman. Tangan kirinya masih diletakkan pada peha isterinya.

"Sikitla. Tapi no worries, bb. Saya kan busy dengan artworks yang nak kena jual ni? Kan kita tengah berusaha sama sama nak majukan our little studio, kan?"

Aiman mengangguk umpama anak kecil. "Jaga makan tau, sayang saya. Makin kurus dah awak. Tell me terus bila you have anything lingering on your mind tau. Jangan fikir sorang sorang. Two minds are better than one. Tau, yang, tau."

"Ya, bb. Saya ingat. Awak pun kena buat benda yang sama. Sekarang ni awak pun balik lambat je. Udahle selalu kerja luar kawasan, hujung  minggu baru balik. Jangan rahsiakan apa apa dari saya. Tau. Update me always. Ini kalau saya tak call,  memang diam gitulah awak tu." Tangan Iman juga naik mengusap kepala lelakinya.

"Kita hidup demi kita berdua ya, sayang. Jangan putus asa walaupun kita dah penat bertahan. Sikit je lagi. Nanti project yang dekat Kuala Gandah tu dah habis, saya nak cuti seminggu! Nak date macam dulu dulu!" Iman melebarkan senyuman mendengar suaminya berkata begitu.

"Saya tuntut!" Tangan yang tadinya mengusap rambut Aiman, diturunkan ke bahu untuk menampung dia bangun. "Jom makan. Saya lapar gila."

:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)Where stories live. Discover now