"I love u..." bisik perlahan si wanita.
"Apa..." kata si lelaki.
"I love u..." bisik kali kedua si wanita.
"Apa," ulang si lelaki dengan tersenyum.
"Ala abang ni, tak nak la," keluh si wanita.
"Ok-ok, sekali lagi," kata si lelaki dengan memandang lembut wajah si wanita.
Si wanita mendekatkan bibirnya ke telinga si lelaki, dengan suara berbisik
"I love u... "
"Apa!" Ulang si lelaki senyuman nakal di bibirnya kekal.
"Benci la macam ni," si wanita mula merajuk.
Pantas Zam mencapai tangan Siha, dipegang erat jari-jemari lembut Siha. Direnung jujur ke mata Siha. Siha membalas renungan tanpa berkata apa-apa.
"Awak! Hari ini, esok dan selamanya abang tetap sayang dan cintakan awak. Hanya maut yang mampu memisahkan kita,"
Siha malu, cuba melepaskan tangannya yang digenggam, tetapi tidak berjaya. Zam masih memegang erat.
Zam dapat rasakan reaksi tangan Siha yang menggenggam jua tangannya, dengan renungan mata memberi pelbagai maksud indah. Mereka saling membalas senyuman.
Di dalam hati mereka telah terpahat lima huruf dengan keikhlasan dan kejujuran iaitu C.I.N.T.A.
Tiba-tiba lagu lama nyanyian BRYAN ADAM, Everything I Do, I Do It For You berkumandang di dalam restoran.
Zam dan Siha masih menggenggam tangan dengan erat. Mereka bagaikan tidak mahu berpisah. Renungan mata mereka masih berlawan bagaikan mereka tidak rela salah seorang daripada mereka hilang dari pandangan.
Lagu ini akan menjadi saksi atas ikrar cinta mereka.
"Abang dah la, orang tengok. Malu..." kata Siha memandang sekelilingnya.
Zam tersenyum, diletak perlahan tangan kekasihnya di atas meja.
Hari ini tercatat dalam sejarah. Zam milik Siha dan Siha milik Zam.
Kalau Siha ibarat burung yang hinggap di dahan, Zam dahan itu.
Kalau Zam ibarat ombak, Sihalah pantainya.
***
Siha, nama penuhnya NURSIHA BT OSMAN.
Seorang gadis cantik, berkulit putih, bermata bulat, berleher jinjang, berambut ikal mayang, bertubuh ramping dan tinggi.
Tetapi apabila Siha berjalan, kelihatan terhenjut-henjut langkahnya.
Kenapa Siha berjalan begitu?
Sebenarnya tulang punggung Siha patah dalam satu kemalangan.
Kejadian itu berlaku selepas tiga hari Siha selesai peperiksaan SPM.
Ayah dan ibu merancang family trip ke Port Dickson demi menunaikan janji mereka pada Siha. Semasa itulah berlakunya kemalangan.
Ayah, ibu serta dua adik Siha terkorban. Siha terselamat tetapi dalam keadaan koma. Tuhan masih izinkan Siha untuk tinggal menetap di dunia ini.
Tiga bulan Siha koma, dunianya di hospital. Apabila tersedar, hampir setahun Siha mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya. Sembuhnya sebagai seorang OKU.
Siha redha dan pasrah dengan kehendak Tuhan. Sejak dari itu, Siha dijaga oleh Pak Ngah dan Mak Ngah di MELAKA.
Umur Mak Ngah tidak panjang. Tidak sempat untuknya melihat Siha membesar dan berkahwin. Mak Ngah telah meninggal dunia.
Pak Ngah kesedihan apabila isterinya tiada lagi. Tidak tahan rasa hibanya melihat rumah yang diduduki mempunyai banyak Nostagia bersama isterinya lalu mengambil keputusan berpindah.
Pak Ngah berpindah di Kuala Lumpur. Di kuala Lumpur tempat tinggal Siha sebelum keluarganya meninggal.
Pak Ngah dipanggil AYAH oleh Siha. Pak Ngah banyak berkorban semasa Siha sakit. Pak Ngah saja yang Siha ada dalam dunia ini.
Siha terkadang sedih melihat keadaan Pak Ngah yang telah berusia dan selalu sakit. Siha nekad untuk membantu dan menjaga Pak Ngah.
Siha buang segala cita-cita termasuk untuk sambung belajar. Baginya Pak Ngah segalanya. Sayangnya Siha pada Pak Ngah terlalu kuat.
Siha menolong pak Ngah berniaga mee dan nasi goreng di pasar malam.
Zambri Perasan.
DJ ZambriMari dapatkan karya-karya penulis Zambri Perasan.
Harga-rm35 (SS)-termasuk post.
Harga-rm30 (SM)-termasuk post
YOU ARE READING
Cerita Cinta Siha
RomanceSiha. Seorang gadis OKU akibat dari kemalangan ketika kanak-kanak yang selalu didakap kesedihan dan derita. Tetapi dirinya dilindungi dan disayangi oleh seorang 'malaikat pelindung' iaitu Zam. Bahagia dalam sengsara mereka harungi bersama. Segala on...