Cerita Cinta Siha - Siri 15

11 0 0
                                    

Dalam perjalanan pulang hati Zam begitu terharu, sedih dan takut. Zam tidak sanggup kehilangan Siha satu-satunya insan yang telah BERNYAWA dalam hatinya.

Kehilangan Siha bererti hilang kasih, hilang cinta, hilang kebahagiaan dan hilang segalanya.

Kalau ini berlaku, kehilangan buat kali kedua baginya. Zam tidak mahu semuanya ini berlaku dan Zam takut kalau ini yang akan berlaku. Zam menangis lagi di dalam kereta.

Menangis bagaikan anak kecil.

***

Dalam pukul 10 pagi.

Zam sudah berada di depan rumah Siha. Pak Ngah memanggil Zam masuk kemudian terus menuju ke bilik Siha.

Sebaik pintu bilik ditolak, Zam lihat Siha sedang duduk di bucu katil tanpa ada ikatan pada tangan dan kakinya.

Zam pandang belakang ke arah Pak Ngan.

Pak ngah hanya tersenyum.

"Pergi pimpin Siha, Zam! Jangan risau! Nanti Pak Ngah bagitahu."

Zam tidak berkata apa, berjalan pelahan menghampiri Siha.

Di depan Siha, Zam melutut.

Matanya tidak lepas memandang tepat ke wajah kekasihnya. Di dalam hati Zam tersimpan perasaan sayang, kasih, kesian dan simpati.

Wajah kekasihnya banyak berubah, kalau dulu berkulit putih kemerahan kini pucat tidak berdarah dan di raut wajahnya juga tergambar sengsara, derita dan kesakitan.

"Dinda! Dinda dah sarapan ke?" Itu ayat pertama keluar dari mulut Zam.

Dengan tubuh tidak bermaya Siha menjeling pada Zam dengan jelingan penuh keliru.

"Dinda! Dinda tak kenal lagi kanda ke, ni Abang Zambri! Kekasih Dinda!" Zam cuba menyakinkan kekasihnya.

Dengan penuh keiklhsan tangan Zam menyentuh tangan kekasihnya.

Siha cuba menarik tangannya dari disentuh. Mata Siha masih memandang ke arah Zam. Siha seolah sudah tidak kenal siapa lelaki di depannya.

"Dinda ni kanda, Abang Zam! Kekasih Dinda!" Zam melepaskan tangan, tangan Zam menepuk ke dada agak kuat bunyinya.

Zam tidak dapat menipu dirinya, menipu untuk berbuat seperti biasa. Air mata Zam sudah menunjuk aliran, mengalir lemah dipipi.

Siha ketakutan bila terdengar suara Zam yang agak tinggi. Zam cuba lagi untuk ingatkan kekasihnya.

"Zam! Pimpin Siha ke kereta ya," Pak Ngah bersuara dari belakang.

Zam diam, akur.

"Baik! Pak Ngah!"

Zam bangun dan memegang lengan kekasihnya. Dipimpin kekasihnya turun ke ruang tamu dan kemudian terus ke kereta. Siha tidak membantah hanya mengikut saja.

Semasa melangkah, Siha sering kali melihat ke wajah Zam tapi dengan pandangan yang penuh kekeliruan.

Zambri Perasan.
Dj Zambri

Dj Zambri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cerita Cinta SihaWhere stories live. Discover now