Hari ke enam puluh.
Zam telah sembuh dan bersemangat. Walaupun bukan seratus peratus, namun segalanya terbaik jika dibandingkan Zam berapa bulan yang lepas.
Kuasa Tuhan mengatasi segalanya.
Mak tidak datang hari ini, Zam tidak membenarkan, Zam kesian melihat mak kepenatan.
Waktu melawat tiba.
Orang ramai lalu lalang di dalam wad. Masing-masing menuju ke katil pesakit.
Ada yang membawa bekal makanan untuk makan bersama. Ada juga membeli makanan di kantin.
Zam hanya melihat keadaan dikelilingnya.
Seketika Zam abaikan, dicapai majalah yang terletak disebelahnya. Majalah yang dibawa oleh adiknya, Laitol.
Diselak satu demi satu muka surat. Ada kelekaan berlaku.
"Assalamualaikum,"
Zam terdengar suara wanita memberi salam di tepi katilnya.
Zam menoleh ke kiri.
Dalam keadaan terkejut Zam bersuara.
"Ya Allah! Lin! Apakhabar," agak kuat suara Zam sambil tersenyum.
Lin turut tersenyum lalu menghulur tangan untuk bersalam.
"Waalaikumussalam, Syukur abang dah sembuh," Lin melontar kata.
Lin datang bersama kawan baiknya, Anisah.
"Terima kasih Lin sudi datang melawat abang. Ambil kerusi ni duduk Lin,"
Zam menarik kerusi ditepi katilnya.
"Sama-sama abang. Abang! Ni Lin dan Anis belikan buku untuk abang, buat hilang boring," Lin menghulur sebuah buku, jelas tertera di kulit buku bertajuk "SAWA".
"Terima kasih banyak-banyak. Wah, boleh gak hilang boring dengan membaca. Abang berbetul-betul boring duduk hospital ni," keluh Zam.
Lin duduk berdekatan dengan Zam, ditangan Lin tersedia sebiji buah epal. Dikupas dengan berhati-hati setelah siap dikupas.
Dipotong buah epal itu kepada empat bahagian, satu bahagian diberikan kepada Zam, lelaki yang disayangi dahulu mungkin hingga sekarang.
Zam menyambut bahagian epal yang diberi oleh Lin. Ada senyuman di wajah Zam.
Sambil makan mereka berbual diselangi gelak ketawa. Dalam gelak ketawa, Lin tiba-tiba bersuara.
"Abang Zam! Lin minta maaf atas segala kesilapan yang Lin telah lakukan. Lin tahu cinta tak boleh dipaksa," ada keikhlasan di wajah Lin. Direnung wajah Zam.
Lin tidak malu berkata begitu di depan Anisah. Seolah Lin mahu kawan baiknya menjadi saksi atas kemaafannya.
"Tak apa Lin. Lin tak bersalah. Abang tahu satu hari nanti Lin akan faham dan hari ini dah jadi kenyataan. Abang doakan Lin akan dapat jodoh yang baik," Zam merenung ke wajah Lin. Wajah wanita yang ingin bercinta dengannya.
"Terima kasih abang. Lin terima dan sokong abang bercinta dengan Siha. Tapi kita masih boleh kawan kan," Lin tersenyum manis.
Anisah turut tersenyum melihat telatah kawan baiknya.
"Ya kita masih boleh berkawan. Abang memang dah anggap Lin seperti adik. Cuma Lin yang tak mahu terima,"
Hati Zam seperti dijentik sedih bila nama Siha disebut oleh Lin. Fikirannya terus terkenang Siha. Jiwanya seakan merana mengenang nasib Siha.
"Adik tak nak, kawan ok. Oh ya, Abang mana Siha?" Soalan itu muncul dari mulut Lin.
Lin tidak tahu apa-apa.
Zam diam seribu bahasa tidak tahu apa yang hendak dijawap. Sedangkan dirinya pun tidak tahu tentang Siha. Apa yang berlaku dengan Siha sekarang. Menangis batin Zam.
"Abang! Abang ok ke!" Lin menegur bila melihat ada perubahan diwajah insan yang masih disayangnya.
Zam tersentak, lamunannya bernoktah.
"Ya Lin. Oh Siha, Siha balik melaka. Minggu lepas Siha ada datang melawat," Zam menipu.
Satu jam berlalu, Lin minta diri untuk pulang.
Lin bersalam dengan Zam.
"Cepat keluar abang. Nanti boleh borak-borak kat pasar malam," Lin ketawa.
Zam pun turut ketawa.
"Insha Allah adik. Adik terima kasih sudi melawat abang,"
Lin tersenyum dan hanya merenung wajah Zam semasa mengatur langkah pergi. Lambaian tangannya tidak terlepas hingga hilang sebalik pintu keluar.
Dalam bersandar dikatil, Zam menarik nafas panjang. Pandangannya dilontar meliar keluar tingkap. Hatinya meronta-ronta, fikirannya tidak senang.
"Apakah yang berlaku pada Dinda sekarang? Banyak kali aku telefon tapi hasilnya tetap sama tidak berjawab seperti nombor telepon itu tak digunakan lagi,"
Zam bercakap sendiri.
"YA TUHAN KU KAU SELAMATKAN PAK NGAH DAN SIHA KU,"
Doa Zam di dalam hati.
Hanya itu yang mampu Zam lakukan sekarang.
Zambri Perasan.
Dj Zambri
YOU ARE READING
Cerita Cinta Siha
RomanceSiha. Seorang gadis OKU akibat dari kemalangan ketika kanak-kanak yang selalu didakap kesedihan dan derita. Tetapi dirinya dilindungi dan disayangi oleh seorang 'malaikat pelindung' iaitu Zam. Bahagia dalam sengsara mereka harungi bersama. Segala on...