Dalam pukul 8 malam.
"Kanda! Dinda bawa nasi dan lauk ASAM PEDAS yang kanda suka,"
Siha berjalan terhinjut menghulur dua plastik berwarna putih.
"Terima kasih Dinda! Sayang Dinda. Nanti sekejap sayang! Ambil ni, Kanda belikan,"
Zam memberi AIR BARLI SUAM kegemaran kekasihnya.
"Terima kasih. Kanda! Dinda pergi dulu. Pelanggan ramai, kesian ayah nanti," Siha kelihatan tergesa.
"Baik Dinda. Hati-hati ya," kata Zam berbisik.
Semasa melangkah pergi, Siha menoleh ke belakang menguntum senyuman buat kekasihnya.
Zam membalas senyuman itu.
Dipandang kekasihnya sehingga hilang di celah-celah orang ramai.
Zam melangkah laju bila melihat seorang pelanggan sedang membelek baju jersey.
"Ya encik boleh saya tolong! Minat yang mana encik!" Zam telah berdiri di sebelah pelanggannya.
"Adik! Jersey kosong ada jual tak?" tanya pelanggan itu.
"Ada encik, tapi kalau nak banyak kena booking."
"Tak payah panggil encik-encik. Saya bukan pegawai Bank, panggil BOTAK, ABANG BOTAK! Adik beli banyak tak boleh diskaun ke?" Pelanggan itu tepat memandang ke muka Zam.
"Mestilah boleh! Abang Botak ada team bola ke?"
"Abang nak beli dalam 15 helai. Ada! Tapi team Futsal je. Nama team abang ZP FC," kata pelanggan itu sambil membelek jersey yang tergantung.
"Harga boleh runding abang! Abang Botak pilih design mana nak. Hari sabtu ni Abang Botak boleh datang ambil... Macam mana abang? Boleh ke!" Zam menyakinkan pelanggannya...
"Ok cantik! Abang nak design macam ni? Kalau boleh adik, kain ok sikitlah,"
Pelanggan itu memegang JERSEY TEAM ARSENAL berwarna merah.
"Boleh abang! Macam ni Abang Botak, harga saya bagi sehelai RM15. Kain puas hati abang. Macam mana abang?"
"Ok adik! Abang setuju. Hari sabtu ni abang datang, deposit berapa adik,"
"Deposit rm100 je."
"Tak apa adik ambil rm200 ni. Terima kasih," pelanggan itu bersalam dengan Zam.
Zam mengucap terima kasih sekali lagi.
"Senang betul pelanggan macam ni! Kena betul kepala dengan nama," bisik hati Zam ketawa kecil sambil memandang pelanggan itu beredar.
Zam sedang berkemas untuk pulang.
Siha tercegat tiba-tiba.
"Hai! Macam pakai saka je Dinda, tiba-tiba je muncul," diwajah Zam kelihatan terperanjat. Dibibirnya tersenyum.
"Hehehe..Apa la Kanda ni, tu pun nak terperanjat," Siha tersenyum melihat telatah kekasihnya.
"Dinda tak balik lagi ke?" Tanya Siha.
Zam kelihatan berpeluh.
"Belum lagi! Ayah jumpa kawan,"
Siha menghampiri Zam, pantas tangannya mengambil tisu dari beg.
"Terima kasih Dinda."
Zam hulur mukanya untuk dilap oleh kekasihnya.
"Macam mana bisnis hari ni Dinda?"
"Boleh je kanda, yang penting bersyukur kita masih diberi rezeki. Betul tak kanda!"
Siha menolong melipat jersey yang berada didepannya.
"Amboi! Macam Ustazah Dinda bercakap. Tapi betul Dinda kata," Zam tersenyum.
Sedang asyik mereka berbual.
"TIDAK KU PINTA LAHIR DIDUNIA
TIDAK KU PINTA CACAT BEGINI,"Terdengar suara wanita menyanyikan lagu dengan agak kuat penuh SUMBANG dari arah belakang.
Zam menoleh, pantas bersuara dengan agak marah.
"Lin! Kenapa nyanyi lagu tu?"
"Suka hati Lin la!!! Mulut Lin!!!" jawab Lin dengan muka tidak bersalah. Dijeling wajah marah ke arah Siha.
"Dah abang!" kata Siha memegang tangan Zam.
"Lin tak balik lagi ke?" Siha cuba jernihkan keadaan.
"Suka hati orang lah!!! Nak balik ke, tak nak ke?" Lin terus melangkah pergi.
"Kurang ajar betul Lin ni sekarang!" kata Zam dengan geram.
"Tak apa Kanda, biarkan. Mungkin bad mood kot,"
Siha sudah LALI dengan perkataan CACAT.
Zambri Perasan.
Dj ZambriMari dapatkan karya-karya Zambri Perasan.
RM30- Semenanjung Malaysia termasuk pos
RM35- Sabah/Sarawak termasuk pos
YOU ARE READING
Cerita Cinta Siha
RomanceSiha. Seorang gadis OKU akibat dari kemalangan ketika kanak-kanak yang selalu didakap kesedihan dan derita. Tetapi dirinya dilindungi dan disayangi oleh seorang 'malaikat pelindung' iaitu Zam. Bahagia dalam sengsara mereka harungi bersama. Segala on...