"Hendak air!" Kedengaran suara dari belakang. Siha telah sedar dari pengsan.
"Baik nak!" Pak Ngah mengambil air mineral atas dashbox, diberikan botol kecil yang telah di buka penutupnya.
Pantas Siha menyambut botol Mineral itu. Di minum air itu dalam keadaan gelojoh, meleleh-meleleh air terbias dari mulut hingga basah bajunya.
"Hendak lagi pakcik!" Minta Siha.
Siha dahaga sangat bagaikan tidak minum berapa hari. Diwajahnya kelihatan biasa, tidak rasa pelik dengan perbuatannya. Ayahnya pula dipanggil pakcik.
Pak Ngah pandang ke arah Zam.
Zam mengambil botol air yang berada ditepi kerusinya lalu diberi pada Pak Ngah.
Sebaik Siha memegang botol air, perbuatan yang sama dilakukan.
Diminum air hingga habis lagi. Basah bajunya begitu ketara. Wajahnya kelihatan biasa tiada apa yang pelik.
Haus sangat Siha. Botol kosong dicampak bawah kerusi. Dua botol air mineral habis diminum tanpa henti.
Setelah puas Siha diam, pandangannya di lontar keluar tingkap seperti tiada apa yang berlaku.
Pak Ngah hanya melihat tingkah laku anaknya. Kesedihan jelas tergambar diwajahnya. Matanya pelahan dialih melihat ke wajah Zam.
Zam diam, mulutnya terkunci untuk bersuara.
"Masuk yang ini Zam dah dua orang bomoh Pak Ngah jumpa sebenarnya," suara Pak Ngah memecah kesenyapan.
Zam diam, matanya fokus pada jalan raya raya. Wajahnya agak serius.
"Tak pe Pak Ngah. Kita usaha sampai berjaya sembuhkan Siha. Saya hendak Pak Ngah tahu, Pak Ngah bukan keseorangan,"
"Terima kasih Zam!" Pelahan suara Pak Ngah.
Kereta Zam memasuki kawasan perumahan rumah Pak Ngah. Diberhentikan keretanya di depan pintu pagar.
Siha dipimpin keluar hingga dibawa ke biliknya.
Zam dan Pak Ngah kemudian duduk berbual di ruang tamu.
"Pak Ngah ni air jampi yang diberi oleh Abang Ghani, bagi Siha minum sebelum tengah malam," Zam meletakkan lima botol Mineral besar di atas meja.
"Oh ya, tadi ada bomoh tu bagitahu Pak Ngah tentang air jampi ni," Pak Ngah memegang botol. Matanya tepat melihat air di dalam botol.
"Zam, awak balik la dulu, rehatkan diri. Petang ni Zam nak berniaga lagi. Tentang Siha ada apa-apa Pak Ngah bagitahu," Pak Ngah kesian melihat Zam keletihan.
"Baik! Pak Ngah. Apa-apa telepon saya. Pak Ngah! Belum balik, boleh saya tengok Siha," Zam minta kebenaran.
"Pergi lah Zam," Pak Ngah izinkan.
"Terima kasih Pak Ngah!"
Zam mengatur langkah naik ke tingkat atas.
Di depan bilik kekasihnya, pelahan Zam memulas tombol pintu kemudian ditolak pelahan muka pintu. Zam lihat tubuh kekasihnya terbaring lena di katil.
Zam berjalan masuk, pandangannya tidak lepas menatap wajah kekasihnya. Dibucu katil, Zam labuhkan punggungnya, di tatap sepuasnya wajah Siha.
Tangannya bergerak perlahan menyentuh ke kulit pipi kekasihnya.
Hampir dua minggu Zam tidak dapat berbuat demikian. Zam dapat rasa kehalusan kulit kekasihnya.
"Dinda! Mengapa dugaan tak pernah sunyi mendugamu! Kenapa derita begitu kasih pada mu!" Zam bercakap sendiri.
Wajah sedihnya tidak dapat disembunyikan.
"Walau apa yang terjadi! Cinta kanda tak pernah berubah. Kanda berjanji." Tangan Siha digenggam erat. Dikucup mesra.
Wajah kekasihnya kekal ditatap dengan penuh sayang, kasih dan cinta. Tanpa diundang pipinya di basahi dek air mata yang mengalir.
"TINGGAL DULU SAYANG!"
Dibiarkan airmata yang terlihat.
Zambri Perasan.
Dj Zambri
YOU ARE READING
Cerita Cinta Siha
RomanceSiha. Seorang gadis OKU akibat dari kemalangan ketika kanak-kanak yang selalu didakap kesedihan dan derita. Tetapi dirinya dilindungi dan disayangi oleh seorang 'malaikat pelindung' iaitu Zam. Bahagia dalam sengsara mereka harungi bersama. Segala on...