Di ruang tamu yang kesamaran mereka duduk.
Pak Ngah mula bercerita.
"Maaf Zam! Pak Ngah buat semua ni. Pertama, Pak Ngah hendak kamu benci pada Pak Ngah. Kedua, Pak Ngah tak nak susahkan kamu. Tapi cinta kamu kuat, Pak Ngah mengalah, maafkan Pak Ngah, Zam."
"Tak apa Pak Ngah. Kenapa tak di bawa Siha ke hospital?"
"Sudah Zam, sudah dua kali Siha di bawa ke hospital tapi pihak hospital kata Siha tak sakit apa-apa,"
"Pak Ngah dah berjanji dengan saya, suruh saya jaga Siha kalau apa terjadi. Kenapa Pak Ngah tak tunaikan janji?" Zam bersuara sedih.
"Betul Zam! Pak Ngah pernah berjanji, tapi itu kalau terjadi apa-apa pada Pak Ngah. Sekarang sebaliknya! Apa pun Pak Ngah minta maaf,"
"Tak apa, Pak Ngah. Sekarang ni saya akan jaga Siha dan akan bersama dengannya. Tolong! Pak Ngah jangan jauhkan Siha daripada saya. Saya sanggup memikul segala beban yang diletakkan atas saya," Zam bersungguh demi sayang, kasih dan cintanya pada Siha.
"Baik Zam!" ringkas jawab Pak Ngah.
"Berjanji dan bersumpah dengan saya. Tolong jangan jauhkan Siha dari saya."
Pantas Zam bangun meluru ke arah Pak Ngah. Zam melutut di depan Pak Ngah dipegang erat tangan Pak Ngah.
"Berjanji Pak Ngah dengan saya. Jangan jauhkan Siha daripada saya. Saya tak nak kehilangan Siha." Merayu Zam lagi.
Pak Ngah hanya memandang ke arah Zam, dipegang bahu Zam. Ditepuk pelahan.
"Insha Allah Zam, Pak Ngah berjanji,"
"Terima kasih Pak Ngah."Zam mencium tangan Pak Ngah.
Pak Ngah mula bercerita, bagaimana Siha jatuh sakit.
"Pak Ngah masih ingat minggu lepas. Balik dari pasar malam, Siha mengadu sakit, tiba-tiba Siha jatuh pengsan. Siha ditahan di hospital selama dua hari, kemudian sembuh. Selang sehari selepas itu, pengsan lagi. Pak Ngah hantar ke hospital lagi. Selepas itu seperti yang Zam lihat tadi. Dua kali Siha di hantar ke hospital, doktor tidak tahu apa penyakit Siha. Doktor kata Siha tidak sakit apa-apa. Pak Ngah tahu Siha bukan sakit biasa tapi kena Ilmu Hitam."
Zam terperanjat, diam termenung memikir nasib yang menimpa kekasihnya.
"Pak Ngah! Kita bawa Siha jumpa bomoh, saya ada kenalan yang pakciknya bomoh," Zam yang bersila di lantai.
Pak Ngah diam hanya memandang Zam kemudian pelahan Pak Ngah bersuara.
"Zam! Bangun duduk sebelah Pak Ngah." Pinta Pak Ngah.
Zam menurut, duduk di sisi Pak Ngah.
"Macam mana Pak Ngah. kita cuba bomoh," Zam ulang ayat yang sama.
Pak Ngah diam, pandangannya merayap dalam kesamaran di depannya.
Tiba-tiba.
"AAHHHHH! SAKITNYA! AKU TAK NAK KAHWIN," suara Siha kedengaran semula dari bilik atas.
Zam bingkas bangun untuk melihat, tapi di halang oleh Pak Ngah.
"Biar Zam memang macam tu perangai Siha, sebab itu Pak Ngah ikat tangan dan kakinya. Kalau tidak Siha akan mencederakan dirinya dan orang lain."
Zam duduk kembali bila mendengar kata Pak Ngah tapi pandangan Zam melekat memandang ke tingkat atas.
"Baik Zam! Kita bawa Siha jumpa bomoh kenalan Zam tu esok," kata Pak Ngah bersetuju.
Belum sempat Zam hendak berkata lebih lanjut.
Pak Ngah mencelah.
"Zam baliklah dah lewat ni, jangan risau tentang Siha. Pak Ngah ada! " Pak Ngah seperti memberi arahan.
Zam diam agak lama juga, akhirnya mengalah.
"Baik Pak Ngah tapi ada apa-apa telepon saya," Zam mengharap.
"Insha Allah Zam, Pak Ngah akan telepon," Pak Ngah bangun dan melangkah ke pintu.
Zam mengikut dari belakang. Setelah bersalaman, Zam melangkah keluar menuju ke kereta.
Di tepi kereta, Zam berdiri memandang ke arah rumah kekasihnya.
"Mengapa nasid mu tak habis ditimpa malang Dinda?
Kenapa bahagia melarikan jauh dari dirimu?
Ya Allah padamu aku berharap."
Zam berkata dan berdoa. Airmatanya penuh bertakung, terdegil jua menitis satu-persatu di pipinya.
Zambri Perasan.
D Zambri
YOU ARE READING
Cerita Cinta Siha
RomanceSiha. Seorang gadis OKU akibat dari kemalangan ketika kanak-kanak yang selalu didakap kesedihan dan derita. Tetapi dirinya dilindungi dan disayangi oleh seorang 'malaikat pelindung' iaitu Zam. Bahagia dalam sengsara mereka harungi bersama. Segala on...