Hari ke empat belas.
Zam masih tidak menunjuk tindak balas. Tiada langsung sekumit gerakan. Nafasnya kedengaran tidak teratur walaupun alat bantuan pernafasan melekap dimulutnya. Matanya tidak bisa terbuka lagi.
Zam berada dalam dunianya sendiri. Mungkinkah Zam sedang bergelut di antara dua dunia. Dunia kehidupan dan dunia kematian.
Mak tidak pernah jemu melawat, mungkin sudah beratus doa yang terhimpun.
Selepas berdoa, di atas sejadah airmatanya tertumpah.
***
Hari ke dua puluh satu.
Mak membersih wajah anaknya. Kain kecil berwarna putih digosok pelahan seluruh wajah anaknya. Dibuat sebaik-baik mungkin agar wajah anaknya kelihatan bersih selalu.
"Zam cepat bangun ya, nanti mak masakan Sambal Goreng Kentang kegemaran Zam. Zam tentu suka kan. Asam pedas! Mak tahu Zam suka jugak. Baik la mak masak dua-dua. Tapi Zam jangan tidur lama-lama, Mak takut."
Mak berbual dengan anaknya. Wajahnya ada terpamer senyuman tapi hanya sebentar. Berubah wajah mak yang sebenar, sayu dan hiba. Kesedihan menjentik hatinya.
Mak biarkan airmata mengalir di depan anaknya agar anaknya tahu mak sayang padanya. Mak tidak mahu anaknya tidur selamanya.
Bergoncang tubuh Mak menangis, tidak tertahan rasanya kesedihan ini. Di genggam tangan anaknya. Dikucup dahinya.
***
Hari ke tiga puluh.
Selepas Solat Jumaat.
Mak sedang menyiapkan sarapan anak-anaknya.
"Laitol!" Panggil mak pada anaknya.
"Ya Mak," jawab Laitol berdiri didepan maknya.
"Nanti jangan lupa beri adik makan ya. Lauk ada kat sini. Mak nak pergi hospital jap lagi,"
"Mak, dah berapa kali Laitol cakap biar Laitol saja yang masak," jawap Laitol, diwajahnya ada kesedihan. Sedih melihatkan mak kepenatan.
"Tak pa, Laitol kan sekolah. Lagipun mak ada masa untuk masak. Dah-dah mak nak bersiap ni. Jaga adik baik-baik ya." Dipegang dan digengam tangan satu-satu anak perempuannya.
"Ring! Ring! Ring!"
Terdengar telefon mak berbunyi di atas meja diruang tamu.
Mak tidak mendengar bunyi panggilan kerana mak berada dibilik, bersiap.
"Hello,"
Laitol yang menjawap panggilan itu.
"Ya betul, saya anaknya. Sekejap saya panggil mak,"
"Mak! Mak! Ada orang hospital telefon ni." Panggil Laitol diluar pintu bilik mak.
"Sekejap, mak bersiap," jawab mak.
Dalam berapa minit keluar dari bilik. Mak menyambut telefon daripada anaknya.
"Hello, ya saya Puan Fatimah."
Di dalam talian.
"Berita baik puan, Anak puan telah sedar. Ada tindak balas anggotanya. Cuma tubuhnya masih lemah."
"Apa! Ya Allah. Betul ke doktor. Saya akan ke hospital sekarang." Menitis airmata mak kerana kegembiraan. Ada senyuman dibibir mak .
"Mak kenapa?"
Walaupun Laitol melihat mak tersenyum tapi Laitol agak panik.
"Lai, abang kamu dah sedar," penuh semangat mak berkata.
Lai panggilan untuk Laitol.
"Ya Allah! Aku bersyukur Doa Ku, kau makbulkan," Laitol menadah tangan.
Airmata Laitol menitis juga. Menitis kerana turut merasa kegembiraan.
"Lai, mak pergi ya. Jaga rumah dan adik ya," kata mak tidak sabar-sabar.
"Hati-hati mak," kata Laitol yang air mata masih mengalir di pipinya.
Zambri Perasan.
Dj Zambri
YOU ARE READING
Cerita Cinta Siha
RomanceSiha. Seorang gadis OKU akibat dari kemalangan ketika kanak-kanak yang selalu didakap kesedihan dan derita. Tetapi dirinya dilindungi dan disayangi oleh seorang 'malaikat pelindung' iaitu Zam. Bahagia dalam sengsara mereka harungi bersama. Segala on...