Pak Ngah menapak menuju ke Van. Dibuka pintu van, sedang duduk itu pelahan tangan Pak Ngah masukkan kunci Van ditempatnya.
Pak Ngah tidak menghidupkan enjin van. Pak Ngah merasa seperti ada yang tidak kena. Mukanya berkerut cuba mengingati, sekejap mukanya berpaling ke kanan dan sekejap ke kiri.
Pak Ngah cuba mengingati lagi.
"Apa yang tak kena ni," bisik hatinya. Mimik wajahnya, keliru.
Tangannya meraba-raba pada baju yang dipakai.
"Oh! Perkara ni,"
Terjawap segala gundahnya bila tangannya tersentuh kertas dipoket baju.
Dikeluarkan cebisan kertas itu, diamati kertas itu agak lama. Nafasnya ditarik berulang kali.
Wajah Pak Ngah serius.
"Kenapa lain sangat perasaan aku," bicara sendiri Pak Ngah lagi.
Pak Ngah batal niatnya untuk memandu. Ditarik nafasnya dalam-dalam, dilepaskan pelahan.
Tenang wajah Pak Ngah seperti ada rancangan yang akan dilakukan.
Pak Ngah keluar dari van.
Diatur langkah berjalan disekitar, matanya meliar mencari sesuatu. Terpegun akhir matanya melihat di hujung kawasan parking.
Laju dibuka langkahnya menuju ke tempat itu.
Oh! Pondok telefon awam yang Pak Ngah cari.
Tangannya diseluk masuk ke dalam poket seluar. Sebaik ditarik tangannya, berapa keping syiling terkumpul ditapak tangan Pak Ngah.
"Keting! keting!"
kedengaran bila berapa keping syiling masuk ke perut telefon.
Pak Ngah mendail nombor yang tercatit diatas kertas itu.
"ASSALAMMUALAIKUM," Pak Ngah memberi salam bila terdengar talian dijawap.
"Waalaikumussalam,"
Didalam talian seseorang menjawap salam Pak Ngah.
"USTAZ HARUN KE INI?" Pak Ngah bertanya.
"Ya, saya Ustaz Harun. Apa yang dapat saya bantu saudara?"
Tekaan Pak Ngah tepat.
"Saya Talib, saya nak minta tolong Ustaz ubatkan anak saya. Anak saya terkena Ilmu Hitam. Saya tinggal di kuala lumpur. Saya tidak dapat ke tempat Ustaz atas masalah kewangan," Pak Ngah berterus terang. Hatinya mengharap.
"INSYALLAH saudara. Saya akan cuba tolong. Tapi sekarang saya masih berada di Terengganu, dalam dua hari lagi saya akan ke tempat saudara," Ustaz Harun memberitahu.
"Oh! Terima kasih Ustaz," hati Pak Ngah agak kecewa kerana Ustaz tidak dapat merawat anaknya secepat mungkin. Namun Pak Ngah tetap bersabar.
Dari jauh Pak Ngah masih lagi berbual dengan Ustaz Harun. Tekun Pak Ngah berbual jika dilihat pada gerak tubuhnya. Lebih sepuluh minit, baru Pak Ngah tamatkan berbualannya.
Tiada siapa yang tahu apa yang dibualkan dan diceritakan oleh Pak Ngah kepada Ustaz Harun.
Pak Ngah meletak gagang telepon. Ada kegembiraan diwajah Pak Ngah. Kepuasan melanda hatinya.
Zambri Perasan.
Dj Zambri
YOU ARE READING
Cerita Cinta Siha
RomanceSiha. Seorang gadis OKU akibat dari kemalangan ketika kanak-kanak yang selalu didakap kesedihan dan derita. Tetapi dirinya dilindungi dan disayangi oleh seorang 'malaikat pelindung' iaitu Zam. Bahagia dalam sengsara mereka harungi bersama. Segala on...