Jauh dari ibu kota, di pinggir kawasan hutan simpanan. Terdampar sebuah tanah yang dalam setengah ekar. Keadaan muka bumi tanah ini agak berbukit.
Di permukaan tanah tertanam pokok buah berbaris-baris. Tapi pokok-pokok itu telah dimamah usia tua. Itulah dusun buah-buahan.
Nun dihujung dusun, berdiri sebuah rumah kayu yang mempunyai satu bilik.
Rumah yang buruk. Rumah yang digunakan untuk menjaga pokok buah-buahan di musim buah tiba.
Sekarang rumah itu tidak digunakan lagi. Rumah yang tiada keperluan asas, tiada letrik dan tiada paip air.
Air perlu diambil di sungai berdekatan.
Rumah yang sudah terbiar lama.
Di luar rumah kelihatan seorang lelaki tua sedang menyapu daun-daun kering yang berguguran.
Lelaki tua itu menyapu setakat mana yang termampu. Wajahnya agak kepenatan. Badannya kurus.
Di muka pintu rumah kelihatan seorang perempuan dalam usia 20an dengan muka yang kusum, rambut tidak terurus mengerabang keras.
Baju T-shirt yang buruk dan seluar trek suit yang lusuh tersarung ditubuhnya. Kelihatan terabai perempuan itu.
Perempuan itu bercakap seorang diri dengan bahasa yang tidak difahami. Ada kala tergelak dan menjerit tidak menentu.
Dikakinya kelihatan diikat dengan rantai besi seperti rantai untuk mengikat basikal dan berkunci di tepi. Kesian sungguh keadaan perempuan itu.
Perempuan itu adalah Siha.
Lelaki tua itu Pak Ngah.
Di sini rumah baru Pak Ngah dipinggaran hutan. Disini Pak Ngah asingkan dirinya demi anak kesayangan. Pak Ngah telah keluar dari rumah sewanya.
Selepas menyapu Pak Ngah duduk menghadap anaknya yang sedang bersila.
Sayu wajah Pak Ngah melihat anaknya begini. Siha sikit pun tidak menghirau Pak Ngah didepannya. Siha bagaikan dalam dunianya sendiri.
"Nak! Ayah tak tahu berapa lama ayah dapat jaga kamu. Ayah minta maaf, nak!" Berkerut wajah Pak Ngah kesedihan.
Pak Ngah seperti terasa sesuatu akan berlaku pada dirinya.Pak Ngah memandang anaknya yang kini duduk mencangkung sambil menarik rambutnya kemudian membelek-belek jarinya. Ketawa sendiri Siha, tidak tahu apa yang melucukan.
"Nak, ayah minta maaf kalau ayah gagal menjaga kamu," suara Pak Ngah bertukar tangisan.
"Ayah tak mampu nak," Pak Ngah memegang dadanya yang terasa sakit, berkerut wajahnya.
Siha hanya memandang ayahnya kemudian tergelak sendiri lagi.
"Haak! Haak!"
Bercakap Siha dengan bahasanya. Memandang wajah Pak Ngah sambil jari tangan menuding-nuding menunjuk merata arah. Bagaikan budak berumur dua tahun kelakuan Siha.
"Tapi ayah berjanji sebelum apa-apa berlaku pada diri ayah. Ayah akan pastikan Siha sembuh. Itu janji ayah," Pak Ngah meletakkan tangan dikepala anak kesayangan. Diusap-usap pelahan rambutnya.
Siha tergelak-gelak bila kepalanya disentuh. Mengeleng-geleng kepalanya, seronok.
Sakit Siha semakin teruk, Siha tidak boleh bercakap seperti manusia normal. Siha bila bersuara, perkataan yang keluar susah untuk difahami. Seperti orang bisu yang dipaksa bercakap. Lidahnya bagaikan keras.
Pak Ngah melangkah masuk ke dalam rumah, bilik Siha dituju. Pak Ngah mengemas, disusun baju yang berselerak.
Dibetulkan tilam ToTo anaknya. Jika Siha terkencing, akan dijemur tilam TOTO itu. Agak terhad tenaga Pak Ngah.
Disatu sudut terdapat berapa kotak yang agak besar yang diikat dengan kemas.
Di dalam kotak itu tersimpan segala barang peribadi Pak Ngah dan Siha. Pak Ngah buat semua ini semasa berpindah ke sini.
Zambri Perasan.
Dj Zambri
YOU ARE READING
Cerita Cinta Siha
RomanceSiha. Seorang gadis OKU akibat dari kemalangan ketika kanak-kanak yang selalu didakap kesedihan dan derita. Tetapi dirinya dilindungi dan disayangi oleh seorang 'malaikat pelindung' iaitu Zam. Bahagia dalam sengsara mereka harungi bersama. Segala on...