Cerita Cinta Siha - Siri 21

7 0 0
                                    


Hampir dua bulan berlalu, banyak bomoh yang Zam berjumpa. Namun dugaan Tuhan masih belum bernoktah. Mungkin Tuhan masih mahu melihat kesabaran hambanya sejauh mana.

Zam pasrah.

Ada juga bomoh yang Zam berjumpa hanya ambil kesempatan, penipu. Hanya mahukan duit saja. Zam tidak kisah tentang duit asalkan kekasihnya sembuh.

Namun jauh di dalam hati Zam, tidak sedikit pun mengalah.

"Akan aku, gengam api sampai jadi bara." Ayat itu yang terpahat di dalam hati Zam. Semangat Zam sekukuh besi.

***

Di pasar malam.

"Hai! Mentang-mentang makwe takde, termenung je nampak," suara lelaki mengejutkan Zam dari belakang.

Pelahan Zam menoleh.

"Abang Nizam! Saya ingat sapa tadi," tegur Zam pada tokey bantal kekabu yang mempunyai dua orang anak.

"Kenapa ni Zam? Abang tengok sejak-sejak ni kau dah lain macam je," ada gusar pertanyaan Nizam.

Tapak niaga Nizam selang lima tapak sebelah Zam.

"Tak ada apa abang," Zam menipu dengan tujuan tidak mahu menyusahkan orang.

Nizam yang Zam anggap abang memang baik dengannya.

"Zam! Hampir dua bulan Pak Ngah tak berniaga. Kenapa Zam?"

"Siha dengan Pak Ngahnya balik Melaka," tipu Zam lagi.

"Ohh patut la. Ok Zam, abang pergi dulu ada customer. Zam! ada apa-apa nak minta tolong jumpa abang tau,"

Nizam cuba memberi bantuan. Nizam dapat rasa, Zam ada masalah.

"Terima kasih abang!" Zam rasa bersalah menipu Abang Nizam.

Zam termenung di depan tapak berniaganya. Mood hendak berniaga seperti tidak ada. Minda dan hatinya tidak senang. Semua serba tidak kena.

Zam keluarkan telepon dari poket seluar.

Didial nombor seseorang, dalam talian

"NOMBOR YANG ANDA DAIL TIDAK DAPAT DIHUBUNGI!"

Berapa kali Zam mencuba, jawapannya tetap sama. Zam mengalah, di masukkan telepon di poket seluarnya semula.

Zam berjalan ke jiran niaga sebelah kiri.

"Lee!" Zam panggil pada tokey selipar.

"Ada pa Zam..." Jawap lelaki cina dari Rawang, bertubuh kurus tinggi.

"Lee, lu boleh tolong tengok saya punya tempat berniaga? Saya mahu pergi depan. Ada hal sikit." Zam minta tolong.

"Aiya! Boleh Zam, lu pergi la nanti gua tolong tengok," Lee yang memang baik dengan Zam.

"Terima kasih Lee,"

"Ok-ok, tarak pa la, tarak masalah," Lee tersenyum.

Zambri Perasan.
Dj Zambri

Dj Zambri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cerita Cinta SihaWhere stories live. Discover now