Pukul 10.30 malam, hari yang sama.
Zam sedang leka berkemas.
"Hai! Apa khabar Abang Zam?"
Suara wanita menegur dari belakang.
Pantas Zam menoleh.
"Ohhh! RINA, khabar baik? Rina sihat ke?"
Tanya Zam yang berdiri berdepan Rina.
"Rina sihat saja..."
Rina dengan tali BRA yang berwarna pink terikat di belakang leher.
"Syukur. Bagus sihat!"
"Abang sekarang ni nampak busy, lama tak call Rina." Ada jelingan di mata Rina.
"Betul. Maaf abang busy sekarang ini!" Mengaku Zam.
"Lepas ini abang free tak! Jom kita lepak OLD TOWN nak tak!" Rina mempelawa.
"Maaf Rina! Abang tak boleh! Abang dah janji dengan Siha." Zam menolak dengan baik.
"Ok! Takpe! Next time boleh kan!" Pelahan nada Rina tapi wajahnya sedikit berubah.
"Mungkin tidak lagi Rina, sebab abang dah terikat dengan Siha." Zam berterus terang.
"Oh! Ye ke! Sorry ganggu abang!" Rina terus berjalan pergi. Di wajahnya ada amarah.
Zam memandang dan membiarkan Rina pergi.
Zam agak selalu menemankan Rina bersantai di bandar bila habis berniaga, tapi sebagai seorang kawan. Itu semua sebelum kemunculan Siha.
SHARINA BINTI ZULKIFLI. Seorang gadis seksi, berambut blonde panjang melepasi bahu, berkulit putih dan suka CLUBBING.
Selalu datang ke pasar malam untuk menolong kakaknya yang berstatus ibu tunggal.
Kakak Rina berniaga Cup kek.
Rina rapat dan jatuh hati pada Zam kerana Zam telah menolongnya ketika Rina hampir dirogol.
Semasa kejadian Rina mabuk dan tidak berdaya. Rina telah dikepung oleh empat orang lelaki.
Zam dengan kawannya, lalu di tempat kejadian selepas menonton bola sepak di sebuah restoran 24 jam. Boleh dikatakan Zam ibarat SUPERHERO bagi Rina.
Zam merahsiakan kejadian ini dari kakak Rina dan semua peniaga pasar malam.
Hampir dua tahun rahsia ini Zam simpan.
***
Waktu pagi, sebuah kereta kenari putih sedang bergerak menyusur jalan raya.
Zam menghantar Pak Ngah mengambil ubat bagi penyakitnya. Memang rutin Pak Ngah mengambil ubat setiap bulan.
"Pak Ngah kena banyak rehat dan makan pun kena jaga!" Zam bersuara.
"Betul kata Zam! Biasa la enjin dah lama," jawap Pak Ngah ada senyuman nipis diwajahnya.
"Terima kasih Zam sudi hantar Pak Ngah."
"Tak pe! Van Pak Ngah kan rosak. Kebetulan memang saya lalu jalan yang sana." Zam memandang Pak Ngah.
"Ialah Zam! Van tu dan tuannya sama dah tua," gelak Pak Ngah agak kuat.
Zam berhenti di simpang jalan bila lampu isyarat menunjuk isyarat merah, selang ketika lampu isyarat bertukar warna. Zam meneruskan perjalanannya. Zam menumpukan perhatian, matanya kekal melihat hadapan.
Tiba-tiba Pak Ngah bersuara.
"Zam tolong jaga Siha ya!" Serius nadanya.
Zam pandang ke wajah Pak Ngah agak lama.
"Prappp!"
Serentak.
Zam menekan brek bila keretanya dekat dengan kereta di depan, tidak ada apa yang berlaku. Kereta Zam terus bergerak.
"Maaf Pak Ngah! Apa Pak Ngah kata tadi!" Zam pura-pura tidak dengar.
"Tolong jaga Siha kalau apa-apa berlaku pada Pak Ngah!" Pak Ngah melontar pandang diluar tingkap.
"Kenapa Pak Ngah kata macam ni?"
"Pak Ngah percayakan kamu, Zam..." Dipandang wajah Zam.
Zam terdiam, matanya memandang ke depan kerana terdapat simpang, dinyalakan lampu isyarat belok ke kiri.
Selepas melintasi simpang.
Zam menyambung perbualan.
"Terima kasih Pak Ngah kerana percayakan saya. Saya memang sayang dan cintakan Siha. Saya ikhlas dan jujur nak berkahwin dengan Siha."
Kali pertama Zam berterus terang kepada Pak Ngah.
"Pak Ngah tahu Zam sebab tu Pak Ngah minta kamu jaga Siha sebaiknya jika apa-apa berlaku dengan Pak Ngah. Siha budak baik. Siha dah banyak merana sejak keluarganya meninggal. Pak Ngah nak dia bahagia sekarang. Pak Ngah percaya pada kamu. Pak Ngah izinkan Zam kahwin dengan Siha." Suara Pak Ngah perlahan tetapi tegas bunyinya.
"Terima kasih Pak Ngah, percaya saya. Saya berjanji akan jaga Siha sebaik-baiknya."
Itu janji Zam pada Pak Ngah.
Beberapa minat kemudian tempat yang dituju telah sampai. Zam turunkan Pak Ngah di depan hospital. Setelah bersalaman, Zam meneruskan perjalanan.
Zambri Perasan.
Dj ZambriMari dapatkan karya-karya Zambri Perasan.
RM30 - Semenanjung Malaysia termasuk pos
RM35 - Sabah/Sarawak termasuk pos
YOU ARE READING
Cerita Cinta Siha
RomanceSiha. Seorang gadis OKU akibat dari kemalangan ketika kanak-kanak yang selalu didakap kesedihan dan derita. Tetapi dirinya dilindungi dan disayangi oleh seorang 'malaikat pelindung' iaitu Zam. Bahagia dalam sengsara mereka harungi bersama. Segala on...