Saat yang dinanti telah tiba. Saat yang sangat menakutkan. Saat yang mendebarkan pada mak.
Kelihatan berapa orang dokor dan jururawat keluar dari pintu wad ICU.
Mak dan anaknya terus mendekati salah seorang doktor.
"Doktor, macam mana dengan anak saya," tanya mak dengan hati dan perasaan berdebar.
"Anak Makcik selamat. Tapi otak anak makcik mengalami gegaran dan pendarahan yang teruk akibat hentakan. Anak makcik masih tidak sedarkan diri. Koma! Pihak kami sudah lakukan yang terbaik. Kita lihat apa yang akan berlaku seterusnya," kata doktor di depan mak.
"Ya Allah."
Hanya nama itu yang Mak termampu sebut.
Mak bagaikan mahu rebah di lantai. Mak kuatkan semangatnya. Yang penting bagi mak, anaknya masih bernyawa. Mak berSyukur.
"Boleh ke makcik melihat anak makcik?" Ada getaran nada suara mak.
"Boleh makcik tapi makcik seorang saja. Anak makcik masih tidak sedar diri. Tidak boleh diganggu sangat. Kita berdoa agar anak makcik sedar," kata doktor cuba tenangkan mak.
"Terima kasih doktor," mak memandang tepat ke wajah orang pengantaraan yang cuba selamatkan anaknya.
Didepan pintu wad ICU seorang jururawat menunggu, mak melangkah pelahan, matanya memandang ke arah anak perempuannya.
Laitol juga turut memandang ke wajah mak, tangannya menyapu airmata dipipi.
Mak melangkah masuk ke dalam, di atas katil mak lihat anak lelakinya terbaring kaku, mata tertutup rapat dengan dibantu alat pernafasan.
Dikepala anaknya dibaluti kain berwarna putih yang telah tercemar warna darah.
Mak melihat bermacam-macam wayar yang bersambung tercucuk ke tubuh anaknya.
Mesin bantuan perubatan kelihatan dikeliling katil. Hati mak begitu sayu dan terharu melihat semuanya ini.
"YA ALLAH SELAMATKAN ANAK KU. AKU RELA MENJADI GANTI JIKA ITU YANG KAU MAHU!"
Doa mak dalam hatinya. Airmata mak tidak pernah jemu kelihatan, mengalir laju di pipinya.
"Makcik, masa dah cukup... makcik," tegur seorang jururawat bertugas dari belakang.
Mak diam di tepi katil, pandangannya tidak lepas ke wajah anak lelakinya.
Mak akur akhirnya. Pelahan mak melangkah keluar dari wad ICU walaupun hatinya belum puas menatap wajah anak sulungnya.
***
Hari ke tiga.
Zam masih tidak menunjuk tanda positif. Tubuhnya masih kaku. Matanya masih terpejam rapat.
Mak tidak jemu datang melawat.
Walaupun tidak dapat berbual dengan anaknya, bagi mak dapat melihat wajah anaknya sudah cukup bererti.Mak akan bacakan ayat Al Fatihah dicuping telinga anaknya.
***
Hari ke tujuh.
Zam masih kondisi yang sama tiada tanda positif. Mak tetap datang tanpa jemu.
Katil anaknya menjadi saksi, mak selalu menadah tangan memohon doa pada Tuhan agar anaknya sedar dan selamat.
Mak minta kebenaran doktor, dimana mak akan menyapu air ke anggota tertentu anaknya seperti berwuduk setiap kali masuk waktu Solat.
Mak mahu anaknya sentiasa berwuduk. Ayat-ayat suci Al Quran tidak pernah sunyi dibaca pada cuping anaknya.
***
Hari ke sepuluh.
Seperti biasa mak datang sendirian melawat.
Semasa hampir di pintu wad. Mak terlihat seorang lelaki yang berusia, memakai kopiah, baju kemeja lengan panjang yang tidak bergosok dan seluar slick lusuh.
Lelaki itu berdiri cuba mengintai ke dalam wad.
Mak berjalan menghampirinya dan bersuara menegur dari belakang.
"Encik cari sapa!"
Lelaki tua itu memusing badannya bila ditegur.
"Eikkk, ni Ayah Siha kan!" kata mak terangkat tangannya menunjuk ke arah lelaki tua itu.
"Ya betul, saya Ayah Siha. Macam mana keadaan Zam?" tanya Pak Ngah.
Mak hanya diam, lalu ditolak pandangan ke dalam wad.
"Masih tak ada perubahan tapi saya yakin Zam akan sedar dan sembuh seperti biasa. Zam kuat," kata mak pelahan, kesedihan di wajahnya menjelma.
"Saya doakan Zam akan sembuh," kata Pak Ngah matanya tidak lepas memandang ke dalam wad ICU.
"Siha sihat ke?" kata mak yang tidak tahu perkara sebenar.
Pak Ngah diam, wajahnya berubah seperti serba salah.
"Siha sihat tapi sekarang ada kat Melaka ada saudara yang sakit. Siha masih tak tahu lagi Zam sakit. Nanti saya akan bagitahu Siha," Pak Ngah menipu.
"Jangan! Jangan bagi tahu. Saya tak nak Siha sedih lihat Zam macam ni,"
Pak Ngah hanya diam saja tapi gerak tubuhnya seperti tidak selesa kerana terpaksa menipu Mak Zam.
Pak Ngah yang berdepan dengan Mak Zam. Ditenung wajah Mak tepat.
"Saya pun akan pergi ke Melaka. Saya doakan Zam akan sembuh. Kalau Zam sedar nanti, bagitahu saya minta maaf sangat-sangat kerana terpaksa mungkir janji,"
Pak Ngah terus tergesa-gesa melangkah pergi.
Mak hanya memandang penuh keliru, mak tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Ayah Siha.
Zambri Perasan.
Dj Zambri
YOU ARE READING
Cerita Cinta Siha
RomanceSiha. Seorang gadis OKU akibat dari kemalangan ketika kanak-kanak yang selalu didakap kesedihan dan derita. Tetapi dirinya dilindungi dan disayangi oleh seorang 'malaikat pelindung' iaitu Zam. Bahagia dalam sengsara mereka harungi bersama. Segala on...