Di depannya kelihatan sebuah rumah yang begitu berlainan dari sebelumnya. Rumah yang banyak Notasgia pada dirinya. Cat pada dinding rumah telah bertukar warna. Pagarnya kelihatan baru.
Zam melihat tiga orang kanak-kanak sedang berlari-lari dihalaman rumah. Zam berdiri memerhatikan, matanya liar memandang pada pintu Utama yang terbuka. Tidak kelihatan sesiapa. Zam rapat ke pintu pagar.
"Adik! Adik! Pakcik Talib ada tak?"
Kanak-kanak itu berhenti bermain. Muka mereka menoleh memandang ke arah Zam.
Mereka hanya diam.
Serentak salah seorang kanak itu berlari ke pintu Utama.
"Ibu! Ibu! Ada orang datang,"
Zam hanya diam, tercegat di pintu pagar.
Seketika Zam melihat seorang perempuan dalam pertengahan 30an muncul dari pintu.
Perempuan itu berdiri, berbaju kurung biru tersarung ditubuhnya. Perempuan itu melangkah menuju ke halaman rumah. Mati langkahnya di situ.
"Ya adik, nak cari siapa?"
"Maaf kak, saya nak cari Pakcik Talib ada tak!" Kata Zam pada perempuan yang dipanggil Kak.
"Tak ada orang yang nama tu dalam rumah ni. Laki kak nama Rahman," kata perempuan tu.
"Maaf kak, kak baru ke tinggal kat sini," tanya Zam lagi.
"Betul adik, dalam sebulan lebih," jawap perempuan tu lagi.
Zam tahu dia salah orang, tentu Pak Ngah sudah berpindah.
"Maaf kak saya salah rumah," kata Zam.
"Tak apa adik,"
"Terima kasih Kak,"
Zam melangkah pergi.
Zam berjalan disekitar kawasan itu. Matanya merayau memandang sekeliling, melihat orang ramai yang ada di situ.
Zam mengharapkan bertemu kelibat Pak Ngah. Walaupun harapannya tidak mungkin akan berlaku seperti mengharapkan berjumpa saliran sungai di padang pasir.
Fikiran Zam buntu, mati akalnya. Pak Ngah hilang begitu saja, bagai angin berlalu. Tiada pesan yang ditinggalkan semasa dia sakit.
Zam terus melangkah, kedai makanan Melayu dituju untuk rehat melepas lelahnya.
"Adik Milo panas, " Zam memesan pada pelayan wanita mendekatinya.
Sebaik pesanan sampai, cepat Zam buka mulut.
"Adik tumpang tanya, adik tahu tak orang yang duduk rumah warna hijau tu pindah mana," Zam menuding jari ke depan, menunjuk rumah seberang jalan.
"Maaf Pak! Saya baru di sini," kata wanita itu yang rupanya warga indonesia.
"Oh! Tak pa adik,"
Sedang Zam duduk memandang sekeliling mencari seseorang yang boleh ditanya. Bertanya maklumat tentang Pak Ngah.
"Adik! Adik!" tegur seorang perempuan dari belakang Zam.
Zam menoleh.
"Ya makcik!" Jawab Zam.
Didepannya berdiri seorang perempuan dalam seusia maknya. Bertubuh berisi.
"Adik cari orang yang dulu duduk rumah warna hijau tu ke?" Tanya makcik tu lagi. Sebenarnya pemilik warung.
"Ya, ya... Makcik kenal ke? Duduk makcik," pelawa Zam.
Hati Zam mengharap ada maklumat untuknya.
"Orang tu dah kena halau, dah hampir dua bulan sebab anak perempuan dia yang gila tu," makcik itu mula bercerita
"Tapi makcik anaknya tak kacau orang sebab dah kena kurung dan kena ikat," Zam cuba pertahankan kekasihnya.
"Betul tu mula-mula je, makin lama anaknya dah makin bahaya dan ganas. Pernah sekali tu anaknya terlepas dari rumah, habis semua orang dikejar dengan pisau. Dua orang masuk hospital nasib baik tak mati. Sejak peristiwa tu, orang kat perumahan ini buat lapuran pada persatuan penduduk, tu yang kena halau," makcik tu bercerita apa yang berlaku.
Zam hanya diam mendengar cerita makcik itu. Wajahnya serius tetapi di dalam hatinya sedih dengan tindakan orang-orang dikawasan perumahan ini. Sepatutnya ditolong Pak Ngah dan kekasihnya bukan dihalau.
"Mereka pindah mana makcik?" Tanya Zam memandang ke wajah makcik yang duduk didepannya.
"Itu makcik tak tahu adik,"
"Terima kasih makcik bagitahu semua ni. Berapa makcik Milo ni?"
"Rm2.00. Adik ni sapa?" Tanya makcik itu."Saya kekasih perempuan yang makcik kata bahaya dan ganas tu," tegas nada suara Zam. Matanya tepat pandang ke wajah makcik itu.
Makcik itu terperanjat, diam. Mulutnya ternganga bila mendengar jawapan dari Zam.
Zambri Perasan.
Dj Zambri
YOU ARE READING
Cerita Cinta Siha
RomanceSiha. Seorang gadis OKU akibat dari kemalangan ketika kanak-kanak yang selalu didakap kesedihan dan derita. Tetapi dirinya dilindungi dan disayangi oleh seorang 'malaikat pelindung' iaitu Zam. Bahagia dalam sengsara mereka harungi bersama. Segala on...