Cerita Cinta Siha - Siri 30

7 0 0
                                    

Zam masih berjalan di sekitar kawasan perumahan kekasihnya. Hatinya kecewa, jiwa hancur. Harapannya kekal menjadi harapan. Diambil keputusan meninggalkan kawasan perumahan.

Diatur langkah ke diperhentian teksi, semasa menunggu teksi Zam terfikir tentang kampung Siha di Melaka.

"Baik aku cuba cari Pak Ngah dan Dinda di sana," bisik hati zam.

Zam seluk poket seluar jeansnya, ditarik keluar telefon. Di screen nombor seseorang disentuhnya.

"Hello! Assalamualaikum  Abang Nizam ke, Zam ni,"

Dalam talian.

"Waalaikumussalam, Oh! Zam. Apakhabar Zam? Dengar cerita dah keluar hospital,"

"Alhamdulillah Syukur! Khabar baik abang, betul saya dah keluar hospital. Abang saya nak minta tolong boleh tak, saya nak pinjam kereta abang," Zam berterus terang.

"Boleh Zam, tak ada masalah. Bila Zam nak?"

"Esok pagi abang, boleh tak! Terima kasih abang, esok pagi saya datang jumpa abang. Terima kasih abang," Zam mengakhir perbualan.

Setelah mendapat teksi, Zam  meninggalkan kawasan perumahan didiami kekasihnya.

***

Pukul 10.00 pagi.

Zam pergi ke Ampang naiki LRT, rumah Abang Nizam di Taman kosas.

Didepan pintu pagar, Zam memberi salam. Abang Nizam sememangnya menanti kedatangan Zam.

"Masuk Zam," laung Abang Nizam dipintu utama.

Setelah bersalam dengan Abang Nizam, Zam dipelawa masuk ke dalam rumah.

"Syukur! Zam, kamu dah sembuh. Maaf! Abang cuma dapat melawat, tengok dari luar semasa kamu koma. Abang takut tengok keadaan kamu masa tu. Tapi Tuhan itu Maha kuasa," Nizam mulakan perbualan.

Nizam duduk sebelah Zam disofa panjangnya.

"Betul abang. Doktor sendiri pun tak percaya selepas koma saya boleh sembuh seperti ni tanpa melalui terapi yang ketat. Saya bersyukur pada TUHAN, kuasa Tuhan mengatasi segalanya," serius wajah Zam semasa berkata.

Didalam hati Zam juga bersyukur kerana TUHAN memakbulkan doa maknya.

"Zam kamu tak trauma ke bawa kereta? Nak ikutkan Abang tak izinkan kamu memandu seorang diri," pengakuan  Nizam, ada senyuman sedikit di bibirnya.

"Jangan macam tu abang. Saya tak apa-apa. Saya tak trauma. Abang tak perlu risau. Hidup dan mati semua ditangan TUHAN," Zam yakinkan Nizam.

"Alhamdulillah, Bagus kamu dah semangat. Oh ya bila nak berniaga semula."

"Ya Allah, Zam dah sembuh ya. Syukur sangat-sangat," suara perempuan mencelah keluar dari dapur.

Zam menoleh.

"Kak! Ya kak! Zam dah sembuh, Kak sihat ke," Zam tersenyum pada perempuan itu.

Isteri Nizam sebenarnya.

"Dia yang sakit. Sihat kita lak dia tanya abang," tersenyum isteri Nizam.

Nizam turut tersenyum.

"Jemput minum Zam," isteri Nizam meletak cawan dan sepiring kuih di meja.

"Makan tengah hari sini Zam," pelawa Nizam.

"Terima kasih abang tapi saya tak dapat, saya nak cepat abang. Tentang kereta, malam nanti saya hantar abang,"

"Tak apa Zam, hantar bila-bila je. Bukan abang pakai sangat kereta tu, pakai masa tertentu je," Nizam menyirup teh panas yàng dihidang oleh isterinya.

"Terima kasih banyak abang," ringkas kata zam.

Dalam beberapa minit kemudian, Zam minta diri, Nizam menghulur kunci kereta sambil berpesan.

"Zam ni kunci kereta. Hati-hati Zam. Kalau rasa was-was semasa memandu berhenti saja di RNR,"

"Terima kasih abang. Insha Allah abang," Zam menyambut kunci kereta daripada tangan Nizam.

Zam tidak trauma atas kejadian menimpanya, baginya Tuhan yang menentu hidup dan mati seseorang.

Enjin kereta dihidupkan, perlahan kereta bergerak meninggalkan rumah Nizam.

Zam mengangkat tangan bagaikan ucapan selamat jalan pada Nizam.

Nizam hanya memandang saja, diwajahnya kelihatan gusar. Gusar tentang keselamatan Zam.

Zambri Perasan.
Dj Zambri

Dj Zambri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Cerita Cinta SihaWhere stories live. Discover now